Thursday, October 13, 2011

Today's Lesson

Bismillahirrahmanirahim...

Hari ni, pagi-pagi lagi dalam kelas, tiba-tiba saya rasa nak beritahu sesuatu kepada sahabat saya. Saya pandang dia dan senyum.."Fazilah, kamu nak tahu tak semenjak kebelakangan ni, sejak masuk U kita rasa seronok sangat." Senyum dan sambung semula. "Sebab kita rasa seronok hidup bertuhan."

Sahabat saya ni senyum.. Sikit je dia respons, "Betul. Itu yang kita dapat masa membaca semalam"

***

Entah kenapa pagi tadi tiba-tiba saya mengatakan sebegitu pada Fazilah. Senyum terkulat-kulat saya mengingati ALLAH. Betul rasa seronok itu. Bagaimana ya saya nak menceritakan perasaan tu. Sangat damai dan bahagia.

Teringat zaman-zaman dahulu. Zaman hingusan dahulu. Kawan buat itu sikit merajuk dan marah, hilang barang sikit menangis dan mengeluh. Macam-macam. Tetapi hari ini alhamdulillah hidup bertuhan mematangkan saya. Walaupun saat itu rasa sangat marah, saya diamkan diri, fikir semula. Marah kerana ALLAH ke? Tak lah! Sebab kepentingan saya. Jadi saya belajar pujuk diri. Takpelah sikit-sikit. Meletakkan diri saya di kondisi kawan tadi. Alhamdulillah hilang sedikit demi sedikit. Hari ini apabila sedih memang rasa caca merba. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Senyap-senyap saya menangis mengadukan segalanya pada DIA. Alhamdulillah rasa tenang menyelubungi hati.

Alhamdulillah, kalau boleh saya mahu kongsikan perasaan saya ni pada mereka yang di luar sana. Indah hidup bersama ALLAH. Sekalipun rasa nak tercabut kepala memikirkan pelbagai perkara, rasa damai bila mengenangkan semua itu kerana dan datangnya dari ALLAH.

Hmm, umi selalu pesan, sandarkan kelemahan dan kekuatan kita pada ALLAH. Apa sahaja doa dan yakin pada DIA. InsyaALLAH :)

Gembira.

Semoga ALLAH terus membimbing saya dan awak awak semua di jalan-NYA.

Wednesday, August 10, 2011

Repent

10 Ramadhan 1432H

Bismillahirrahmanirrahim.

Tadi ada idea. Sekarang dah tak ada. Dari pagi tadi otak seakan blur. Macam fikir tak fikir. Baca tak baca. Semuanya di tengah-tengah. Grey area. Apa kena entah.

Tetapi macam tetiba nak tulis, semua orang ada sejarah sendiri. Pahit, manis yang menjadikan kita hari ini. Begitu juga saya. Tak kisahlah bagaimana kita bermula tetapi pengakhiran itu yang penting. Ada orang bermula dengan Islam berakhir dengan kafir. Tetapi ada yang bermula dengan kekafiran tetapi berakhir dengan Islam. Ya! Semua orang ada sejarah sendiri.

Saya nak mardhatillah. InsyaALLAH saya cuba memanfaatkan training month ini. Mahu terus bercinta dengan Ilahi.

Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)

P/s: Ya ALLAH, apa yang tak terluah hanya Engkau yang tahu. Jadikan aku hamba yang berserah dan patuh kepada-Mu.

Wednesday, July 27, 2011

Online

Bismillahirrahmanirahim

Hasbi rabbi jalallah. Ma fi qalbu ghayrullah. ALLAH cukup bagiku, Maha Suci ALLAH. Tiada apa - apa dihatiku melainkan DIA.

Alhamdulillah. Terasa ingin terus bercinta dengan ALLAH. Terasa mahu online selalu dengan-Nya. Biar DIA bahawa saya amat memerlukannya walaupun sesaat.

Hari ni bangun lewat sikit daripada biasa. Mengantuk yang amat. Walhal belum pukul 10pm lagi dah tidur. Angan-angannya mahu tidur sekejap sahaja. Tetapi berlarutan sehingga ke sebelum subuh.

Apabila terjaga sedikit kecewa. Saya tidur tanpa berkasih-kasihan dengan ALLAH terlebih dahulu. Al-mulk lupa nak dibaca dan banyak lagi. Kecewa! Tetapi lagi kecewa bilamana saya melayan terus rasa mengantuk tanpa sempat nak membaca al-Quran sebelum subuh. Kecewa! Angan-angan kosong lagi. Tetapi saya yakin ALLAH masih di sisi saya. Saya teruskan senyum, memujuk hati untuk tak buat lagi seperti itu. Tadi hampir sahaja tak membaca al-mathurat, alhamdulillah ALLAH ingatkan saya. Oh, jatuh cinta!

Seperti biasa saya memang lemah tanpa ALLAH di setiap langkahan saya. Kadang kala tersungkur, pedih. Saya memang perlukan ALLAH. Pagi tadi terasa seperti kriuk, kriuk hati saya. Tak tau. Gelisah. Tetapi saya cuba penuhkan fikiran saya dengan Nya.

Syukur masih dalam nikmat Islam :)


Tuesday, July 26, 2011

Rasa

Bismillahirrahmanirahim...

RASA nak rendam kepala kat air panas. Yang menggelegak. RASA-RASA je berani, cuba sekali...sakittttt. Tu neraka ALLAH belum tau, lagi sakit..

Saya lembik. Lemah. Tak kuat. Saya perlukan ALLAH di setiap langkah saya. Ya ALLAH jangan engkau biarkan aku walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek dari itu. Bimbinglah hamba-Mu yang lemah ni.

Saya jegil mata saya luas-luas. Melihat alam. Subhanallah, cantik. Lama saya tak menjegil begitu. Rasa zup, zup, zup masuk ke mata saya, ALLAH, ALLAH, ALLAH. Sekali lagi terasa kerdil. Saya betul-betul tak mampu menghadapi dunia yang sesak ni tanpa ALLAH. Saya betul-betul perlukan DIA. Sangat. Tanpa DIA siapalah saya. Kecik je di mata ALLAH. Tapi saya betul-betul perlukan perhatian DIA. Jadi, andai ALLAH menurunkan sebarang ujian jangan cepat melatah lah kan Syahida. Amati. Renungi. Dalami sebaiknya apa yang ALLAH mahu sampaikan zup, zup masuk ke dalam hati.

Saya tepuk-tepuk dada. Kalau tak rasa nak hempap dada ni dengan batu sebab betul saya perlukan ALLAH. InsyaALLAH, cuba nak menyusun langkah meraih perhatian DIA. Ya ALLAH bimbinglah aku dan bantulah aku. Tetapkan imanku di dalam agamamu ini.

Mahu terasa angau dalam cinta Illahi. Rindu merasakan ketenangan dari DIA..ALLAH.....

Monday, July 25, 2011

Cramp

Bismilahirrahmanirahim...

Currently, sangat rindu untuk duduk di majlis ilmu. Otak cramp kalau lama - lama begini. Huhu. Rindu sangat :(

Umi cakap bukak la internet tu, cari pengajian, ceramah - ceramah, kan banyak. Huhu. Tapi kali ni betul-betul rindu untuk duduk dalam Surau Melati. Sama-sama tadabbur al-quran, tazkirah. Huhu. Manusia... Hati lekas saja lalai.. Pantang alpa, ada-ada sahaja makhluk Allah yang satu tu mencucuk-cucuk. Tambah-tambah di kala waktu begini, mood, iman macam perahu menanti karam. Tenggelam, timbul, tenggelam, timbul..

Ya Allah, memang air bah turun tadi. Dah lama tertahan-tahan. Bila hati gelisah yang teramat.

Biarkan saja ia turun, kurang sikit rasa beban di dada, menanggung seribu satu macam perasaan. Teringat segala amanah yang harus dipegang erat.

Saya semat di hati, berfikiran positif, mencari setiap hikmah dalam apa sahaja yang saya lalui ketika ini.

Buka al-Quran, baca buku, fikir, fikir dan fikir. Tak mahu sedikit pun fikiran ni menerawang. Saya mahu setiap masa mengingati ALLAH, ALLAH dan ALLAH. Kerana saya amat mengharapkan kasih dan redhanya.

Jalan terakhir saya tidur. Err, tidur dalam mengharapkan redha ALLAH. Alhamdulillah bangun dengan semangat baru. Menjauh untuk mendekat. Huhu. Ayat Syak. Tiru ye.. Sebab saya rasa sangat betul. Hehe.

Saya doakan kita semua diberi kesihatan yang baik. Hidup dalam redha-Nya. Dan hari ni lebih baik dari sebelumnya. Iye! Berusaha...

P/s : Jom menghafaz surah. (Ayat kick start!)

Saturday, June 18, 2011

Experience

Assalamualaikum...

I off today and I was lolling around, playing with afrina. It was already 2 weeks I was working there at Wan Nadzir & Co, applying whatever that I got during the class into the real life. I would say it was interesting.

Last week, I was doing accounting. The very first company that I did was Klinik Pergigian Noris. Know what the beautiful of the accounting is not only 1 plus 1, can be any numbers yet it was also updating us with many info that we doesn't know and aware of. As in, before this I never know what locum is, but now when I come across that word I was like ok I know it already..Haha

This week, I was doing taxation. I once computed the tax, doing e-filling. It was enjoyable, for me.

I never done auditing yet. And I think it is though. Travelling, asking evidences where the clients wont easily give it you unless you are fierce enough. Haha. Exaggerating.

Being in the real accounting life is fun and sometimes annoying too. You know it is hard to read their hand writing, obviously doctors would be. haha. And their whim...no, no 'I don't want too high profit', 'eh, biaq betoi loss besaq sgt, tipu ni' and macam - macam lagi. Haha. Somtimes it's sickening.

But know what how far they want to avoid paying high tax, auditors were there and says ehem, ehem documents mari. No, it's not true and it will reveal the truth. And also LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri/Inland Revenue Board) will never ever allow that. They are smart too.

What an interesting and whoww experience :)

Monday, April 18, 2011

Seriously

I feel like flying

Can I off now??

Motivation is Most Needed Now

Assalamualaikum wbt...

Motivation is the most needed now

Currently, doing Advanced Financial Accounting Project

Sense of urgency

Crying (not sort of the common one)

Wanna back home now

Oh Lord


Yeah, finishing up quickly

Wanna have a better rest after

I've been spoiling up all the biological process inside me all this while before

*Coughing, Sneezing

Friday, April 8, 2011

AKU Milik DIA

Bismilahirrahmanirahim

Selangkah menuju cinta ALLAH

Ya, dah lama tak update. Tengok - tengok je selama ni. Entah seperti lebih selesa baca tulisan orang lain. Walhal sebenarnya amanah untuk menyampaikan terbeban di pundak, amanah untuk berkongsi ilmu - ilmu yang diperolehi dari kuliah - kuliah ilmu, semuanya terbuku....

Menerima hakikat, menjadi remaja yang berusia 20 tahun kini lebih menagih kematangan. Umi pun sudah bersembang seperti saya ini ala-ala sahabatnya.

Hari ini bila mana rasa seperti hidup gundah gelana, alhamdulillah ALLAH yang pertama dicari. Tak seperti zaman kanak-kanak dahulu kala. Kerana hari ini saya yakin pada DIA yang mentakdirkan segala. Jadi, saya luahkan segala kepada DIA..

Betapa hanya ALLAH yang tahu segala. Setiap detik hati ini. Kembalilah kepada ALLAH. Jalani kehidupan sebagai muslim yang sebenarnya. Bukan sekadar ibadah fardhu yang terbayang di mata. SEGALANYA...Percakapan. Pergaulan. Pakaian. Mulakan. Jangan sampai nanti bala ALLAH menimpa...Tatkala itu semuaanya...tiada berguna~

Kita milik ALLAH. Jagalah amanah-Nya.



Wednesday, March 9, 2011

Saturday, January 1, 2011

01.01.11

Assalamualaikum...

Lama tak menjengah blog. Ha! Tipu. Selalu. It's just I opened my account, click new post tab and leave it. Baca blog orang dulu. Haha. Lastly, end up reading theirs and forget mine.

So, leaving it untouched bersawang.

Hm, 01.01.2011. Meaning that 4 months onwards bakal 20 tahun. Huhu. Hilang sudah belas belas itu. My friends had once said, 'nanti bila 20, kita tak nak cukup umur 20. Bila orang tanya, umur saya 19 tahun 12 bulan.' Haha. Slapped forehead. Apakah?

OK cukup topic itu. Lagi bila awal tahun, sana sini tulis wishlist 2011. Saya pun pagi tadi usai solat subuh duduk termangu lama. Lalu ambil buku, tulis segala apa yang saya mahu lakukan.

Syahida's VMO 2011
Realistic and achieveable
.
.
.


Penting realistic and achieveable itu. Tak mahu buang masa and angan-angan kosong. InsyaALLAH. Mudah - mudahan apa yang dirancang diredhai oleh ALLAH.

Hanya redha ALLAH yang kucari,,,