Thursday, October 13, 2011

Today's Lesson

Bismillahirrahmanirahim...

Hari ni, pagi-pagi lagi dalam kelas, tiba-tiba saya rasa nak beritahu sesuatu kepada sahabat saya. Saya pandang dia dan senyum.."Fazilah, kamu nak tahu tak semenjak kebelakangan ni, sejak masuk U kita rasa seronok sangat." Senyum dan sambung semula. "Sebab kita rasa seronok hidup bertuhan."

Sahabat saya ni senyum.. Sikit je dia respons, "Betul. Itu yang kita dapat masa membaca semalam"

***

Entah kenapa pagi tadi tiba-tiba saya mengatakan sebegitu pada Fazilah. Senyum terkulat-kulat saya mengingati ALLAH. Betul rasa seronok itu. Bagaimana ya saya nak menceritakan perasaan tu. Sangat damai dan bahagia.

Teringat zaman-zaman dahulu. Zaman hingusan dahulu. Kawan buat itu sikit merajuk dan marah, hilang barang sikit menangis dan mengeluh. Macam-macam. Tetapi hari ini alhamdulillah hidup bertuhan mematangkan saya. Walaupun saat itu rasa sangat marah, saya diamkan diri, fikir semula. Marah kerana ALLAH ke? Tak lah! Sebab kepentingan saya. Jadi saya belajar pujuk diri. Takpelah sikit-sikit. Meletakkan diri saya di kondisi kawan tadi. Alhamdulillah hilang sedikit demi sedikit. Hari ini apabila sedih memang rasa caca merba. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Senyap-senyap saya menangis mengadukan segalanya pada DIA. Alhamdulillah rasa tenang menyelubungi hati.

Alhamdulillah, kalau boleh saya mahu kongsikan perasaan saya ni pada mereka yang di luar sana. Indah hidup bersama ALLAH. Sekalipun rasa nak tercabut kepala memikirkan pelbagai perkara, rasa damai bila mengenangkan semua itu kerana dan datangnya dari ALLAH.

Hmm, umi selalu pesan, sandarkan kelemahan dan kekuatan kita pada ALLAH. Apa sahaja doa dan yakin pada DIA. InsyaALLAH :)

Gembira.

Semoga ALLAH terus membimbing saya dan awak awak semua di jalan-NYA.