Tuesday, September 24, 2013

A L L A H

Bismillahirrahmanirahim :)

Ya Allah, kurniakan aku kehidupan yang baik dan Engkau redhai...

Saturday, March 9, 2013

Tuesday, August 7, 2012

Let's Do It

Bismillahirrahmanirahim...

Melihat blog ini.. Lama ditinggalkan sepi tanpa dikemaskini. Melihat pada profile saya pun masih tidak bertukar 20 years old itu. Tersenyum. Ya! Saya log in dan menukar.. Saya tidak lagi 20 tahun, tetapi 21 tahun. Sudah punya kuasa untuk memilih kerajaan (undi) dan pemimpin. Tersenyum lagi. 


Friday, January 6, 2012

Doa Senjata Orang Mukmin

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate walaupun dah lama dibiarkan blog ni tanpa khabar berita. Satunya kerana kekangan masa, tetapi yang lebihnya ketakutan untuk menulis. Bukan kerana apa risau andai kata penulisan yang ditulis tidak membawa manfaat kepada pembaca, malahan menjauhkan diri penulis dan pembaca dari Dia yang Hakiki. Allahu Akbar.

Hari ini jiwa begitu terusik untuk menulis. Rasa begitu banyak yang nak dikongsikan. Di fikiran seolah-olah tiba-tiba diri tersusun-susun bait-bait kata menjadi ayat. Nampak berat sungguh niatnya untuk menulis. Namun begitu, dengan nama Tuhan Muhammad, saya kembali membetulkan niat saya. Moganya ada sedikit manfaat dari penulisan ini.

Semenjak diri semakin meningkat dewasa, semakin saya mengenal erti indah hidup bertuhan. Semenjak itu juga saya merasakan impak doa dalam kehidupan saya. Mungkin bagi sesetengah orang doa itu adalah sesuatu yang remeh. Namun tak bagi saya. Bagi saya, doa itu bukan sahaja satu permintaan dan pengharapan kepada tuhan, yakni Allah malahan lebih lagi. Jikalau ada ayat yang boleh saya gunakan untuk memperlihatkan kehiperbolaan impak doa itu, maka saya akan gunakan ayat itu untuk saya jelaskan doa itu bukan sekadar doa. Doa merupakan satu tali penghubung antara yang dicipta dan pencipta, atau mungkin lebih jelas lagi penghubung antara hamba dan tuannya.

Saya cuba gunakan analogi situasi si peminta sedekah untuk saya fahami lebih mendalam tentang doa. Si peminta sedekah meminta-minta belas daripada orang yang lalu lalang, ramai yang kita lihat menggunakan kekurangan fizikal yang mereka ada untuk meraih simpati. Malahan ada yang mengendong anak kecil yang kelaparan. Maka, ada insan-insan baik hati yang Allah rahmati menghulurkan sejumlah wang tanda belas mereka.

Saya kaitkan analogi ini dengan konsep berdoa. Si peminta itu mempunyai kekurangan berbanding si pemberi. Kita lihat mungkin daripada aspek fizikal, wang. Maka si pemberi tadi yang mempunyai kelebihan atau kekuasaan daripada si peminta akan menghulurkan bantuan. Begitu jugalah doa. Kita, manusia hanya makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kekurangan, yang pengetahuannya terbatas, yang kemampuannya terbatas dan apa lagi yang tidak. Semuanya kurang jika hendak dibandingkan dengan Allah, tuhan yang menciptakan, yang bersifat MAHA (tertinggi) bagi segala-galanya.

Kenapa si peminta sedekah meminta sedekah? Sebab dia yakin yang ada orang yang mempunyai kekuatan lebih daripadanya yang akan membantunya. Jadi, kenapa perlu berdoa? Sebab kita tahu bahawa kita ini LEMAH dan kita PUNYA Allah yang akan membantu kita. Kita boleh memberikan janji yang kita mampu buat itu ini, tetapi kita lupa yang kita PUNYA Allah yang kekuasaannya mengatasi kemampuan setiap daripada kita. Maka, itu pentingnya doa agar Allah bantu segala-galanya dan tunjukkan jalan yang benar dan Dia redhai.

Dan harus diingat, doa itu bukan sahaja dengan mengangkat tangan baru dikatakan berdoa, tetapi dengan setiap lintasan dan rintihan kita juga merupakan doa.

Pernah dengar doa kata-kata yang mengatakan setiap bait bicara dan ungkapan adalah doa? Maka, sebab itu Islam mengajar kita untuk mengucap yang baik-baik kerana itu juga doa kita kepada si Dia.

Tiba-tiba saya yang teringatkan umi saya J.

Dia yang banyak memberi pesan kepada saya bahawa doa, doa, doa. Apabila saya mengadu itu ini, yang tidak akan lekang di bibirnya adalah doa kerana doa itu senjata orang mukmin. Dan yang pasti saya dengar dari bibirnya juga ialah Allah, Islam. Semuanya datang daripada Allah, maka kembalikan segala-galanya kepada Allah dengan sepenuhnya memberi kepercayaan kepada Dia.

Begitu hari ini saya memperoleh kekuatan daripada doa (kebergantungan kepada Allah). Saya masih insan biasa yang melakukan kesilapan, yang juga pada perasaan sedih, lemah, lemah longlai dan segala-galanya. Tetapi doalah medium saya untuk menceritakan segala-galanya kepada Dia, yang bahawa saya tanpa tak mampu menghadapi dunia tanpa Dia, tak mampu membuat keputusan tanpa Dia, tak akan gembira tanpa Dia, hatta tak mampu menggerakkan anggota tanpa Dia.

Sesungguhnya saya bersyukur Allah mengurniakan saya umi ayah yang solehah dan soleh. Yang sentiasa mengingatkan saya bahawa hidup ini ada Allah. Maka, saya azamkan dalam hati saya, insyaAllah saya pun mahu jadi ibu yang solehah untuk anak-anak saya nanti, yang mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. InsyaAllah J

Thursday, October 13, 2011

Today's Lesson

Bismillahirrahmanirahim...

Hari ni, pagi-pagi lagi dalam kelas, tiba-tiba saya rasa nak beritahu sesuatu kepada sahabat saya. Saya pandang dia dan senyum.."Fazilah, kamu nak tahu tak semenjak kebelakangan ni, sejak masuk U kita rasa seronok sangat." Senyum dan sambung semula. "Sebab kita rasa seronok hidup bertuhan."

Sahabat saya ni senyum.. Sikit je dia respons, "Betul. Itu yang kita dapat masa membaca semalam"

***

Entah kenapa pagi tadi tiba-tiba saya mengatakan sebegitu pada Fazilah. Senyum terkulat-kulat saya mengingati ALLAH. Betul rasa seronok itu. Bagaimana ya saya nak menceritakan perasaan tu. Sangat damai dan bahagia.

Teringat zaman-zaman dahulu. Zaman hingusan dahulu. Kawan buat itu sikit merajuk dan marah, hilang barang sikit menangis dan mengeluh. Macam-macam. Tetapi hari ini alhamdulillah hidup bertuhan mematangkan saya. Walaupun saat itu rasa sangat marah, saya diamkan diri, fikir semula. Marah kerana ALLAH ke? Tak lah! Sebab kepentingan saya. Jadi saya belajar pujuk diri. Takpelah sikit-sikit. Meletakkan diri saya di kondisi kawan tadi. Alhamdulillah hilang sedikit demi sedikit. Hari ini apabila sedih memang rasa caca merba. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Senyap-senyap saya menangis mengadukan segalanya pada DIA. Alhamdulillah rasa tenang menyelubungi hati.

Alhamdulillah, kalau boleh saya mahu kongsikan perasaan saya ni pada mereka yang di luar sana. Indah hidup bersama ALLAH. Sekalipun rasa nak tercabut kepala memikirkan pelbagai perkara, rasa damai bila mengenangkan semua itu kerana dan datangnya dari ALLAH.

Hmm, umi selalu pesan, sandarkan kelemahan dan kekuatan kita pada ALLAH. Apa sahaja doa dan yakin pada DIA. InsyaALLAH :)

Gembira.

Semoga ALLAH terus membimbing saya dan awak awak semua di jalan-NYA.

Wednesday, August 10, 2011

Repent

10 Ramadhan 1432H

Bismillahirrahmanirrahim.

Tadi ada idea. Sekarang dah tak ada. Dari pagi tadi otak seakan blur. Macam fikir tak fikir. Baca tak baca. Semuanya di tengah-tengah. Grey area. Apa kena entah.

Tetapi macam tetiba nak tulis, semua orang ada sejarah sendiri. Pahit, manis yang menjadikan kita hari ini. Begitu juga saya. Tak kisahlah bagaimana kita bermula tetapi pengakhiran itu yang penting. Ada orang bermula dengan Islam berakhir dengan kafir. Tetapi ada yang bermula dengan kekafiran tetapi berakhir dengan Islam. Ya! Semua orang ada sejarah sendiri.

Saya nak mardhatillah. InsyaALLAH saya cuba memanfaatkan training month ini. Mahu terus bercinta dengan Ilahi.

Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)

P/s: Ya ALLAH, apa yang tak terluah hanya Engkau yang tahu. Jadikan aku hamba yang berserah dan patuh kepada-Mu.

Wednesday, July 27, 2011

Online

Bismillahirrahmanirahim

Hasbi rabbi jalallah. Ma fi qalbu ghayrullah. ALLAH cukup bagiku, Maha Suci ALLAH. Tiada apa - apa dihatiku melainkan DIA.

Alhamdulillah. Terasa ingin terus bercinta dengan ALLAH. Terasa mahu online selalu dengan-Nya. Biar DIA bahawa saya amat memerlukannya walaupun sesaat.

Hari ni bangun lewat sikit daripada biasa. Mengantuk yang amat. Walhal belum pukul 10pm lagi dah tidur. Angan-angannya mahu tidur sekejap sahaja. Tetapi berlarutan sehingga ke sebelum subuh.

Apabila terjaga sedikit kecewa. Saya tidur tanpa berkasih-kasihan dengan ALLAH terlebih dahulu. Al-mulk lupa nak dibaca dan banyak lagi. Kecewa! Tetapi lagi kecewa bilamana saya melayan terus rasa mengantuk tanpa sempat nak membaca al-Quran sebelum subuh. Kecewa! Angan-angan kosong lagi. Tetapi saya yakin ALLAH masih di sisi saya. Saya teruskan senyum, memujuk hati untuk tak buat lagi seperti itu. Tadi hampir sahaja tak membaca al-mathurat, alhamdulillah ALLAH ingatkan saya. Oh, jatuh cinta!

Seperti biasa saya memang lemah tanpa ALLAH di setiap langkahan saya. Kadang kala tersungkur, pedih. Saya memang perlukan ALLAH. Pagi tadi terasa seperti kriuk, kriuk hati saya. Tak tau. Gelisah. Tetapi saya cuba penuhkan fikiran saya dengan Nya.

Syukur masih dalam nikmat Islam :)