*
*
*
*
Hari ini mungkin perlu berkali - kali kita bertanya pada diri
Am I a full time muslim?
Kelihatannya seperti kelakar
Tetapi jika diulang ribuan kali
Pasti tembok ketiduran itu teroboh
Ya, kenapa dalam ribuan persoalan
Persoalan ini juga yang timbul
Haih, I kan memang muslim
tengok sahaja pada nama
Nurul Syahida
sudah ayu lagi islamik gitu
(contoh.contoh)
Ish3
(Harus ke begitu?)
Hey Hey~
Saya solat penuh
(Tak khusyuk pun)
Puasa tak tinggal
(Buat apa puasa mata, puasa perut sudahlah)
Tutup aurat semua ini
(Sikit - sikit je pun ok la)
Tengok tengok
Tak nampakkah?
Pelik pelik~
Kenapa harus isu ini yang ditimbulkan?
Bukankah lebih baik kita memerah otak memikirkan
Siapakah pembunuh Altantuya
Biar sampai pecah otak dan segala pun takpe
Asal jangan isu ini
Am I a full time muslim?
Eee~
Ada ke part time muslim?
Sesudahlah
Bak kata pepatah
Sudah terang lagikan bersuluh
Usah ditimbulkan persoalan ini lagi
Apa punya ini orang
Perlu spot light kah?
Hari ini kita perlu diingatkan semula
NO part time muslim!
Kerana hakikat hari ini
semakin ramai yang begitu
Mengambil Islam dari satu sudut itu
Ok ok
Aku on yang ini
Tetapi
Pada sebahagiannya
Ditinggalkan pula
Tak suit dengan dengan jiwa aku la..
Alasan begini
Bolehkah?
Maka, kata ALLAH
dalam surah Al - Baqarah
Ayat 208
' Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. '
Manusia...
Masih punya peluang untuk pulang ke pangkal jalan
Kerana itu semua
Kemahuanmu
Atas redha Illahi
Ya
Perlu digunakan akal itu
Untuk berfikir
Kerana
Nota Fikir untuk zikir
Apakah kehidupan aku hari ini sudah sepenuhnya kerana DIA
Sudahkah aku mematuhi perintah - Nya
Meninggalkan larangannya
Mari mari
Kita tadah tangan bersama
mendoakan yang terbaik untuk kita
Kerana yang menulis ini juga
sedang mengkoreksi diri
Am I a full time muslimah?
Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang
Ya ALLAH
Kau limpahkanlah hati kami
dengan cahaya ketaatan dan keimanan kepada - Mu
Celikkanlah hati kami
ketika memandang dunia
Ya ALLAH
Tetapkan kami dalam agama - Mu
Kuatkanlah hati kami untuk berusaha dan
terus di jalan - Mu
Ya ALLAH
Jangan Kau golongkan kami
dalam golongan yang Kau murkai
bimbinglah kami wahai ALLAH yang Maha Baik
Amiin Ya Rabbal 'Alamin
P/S : Tajuk itu? Apa kena mengena =.=