Tuesday, September 24, 2013
A L L A H
Saturday, March 9, 2013
Tuesday, August 7, 2012
Let's Do It
Friday, January 6, 2012
Doa Senjata Orang Mukmin
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate walaupun dah lama dibiarkan blog ni tanpa khabar berita. Satunya kerana kekangan masa, tetapi yang lebihnya ketakutan untuk menulis. Bukan kerana apa risau andai kata penulisan yang ditulis tidak membawa manfaat kepada pembaca, malahan menjauhkan diri penulis dan pembaca dari Dia yang Hakiki. Allahu Akbar.
Hari ini jiwa begitu terusik untuk menulis. Rasa begitu banyak yang nak dikongsikan. Di fikiran seolah-olah tiba-tiba diri tersusun-susun bait-bait kata menjadi ayat. Nampak berat sungguh niatnya untuk menulis. Namun begitu, dengan nama Tuhan Muhammad, saya kembali membetulkan niat saya. Moganya ada sedikit manfaat dari penulisan ini.
Semenjak diri semakin meningkat dewasa, semakin saya mengenal erti indah hidup bertuhan. Semenjak itu juga saya merasakan impak doa dalam kehidupan saya. Mungkin bagi sesetengah orang doa itu adalah sesuatu yang remeh. Namun tak bagi saya. Bagi saya, doa itu bukan sahaja satu permintaan dan pengharapan kepada tuhan, yakni Allah malahan lebih lagi. Jikalau ada ayat yang boleh saya gunakan untuk memperlihatkan kehiperbolaan impak doa itu, maka saya akan gunakan ayat itu untuk saya jelaskan doa itu bukan sekadar doa. Doa merupakan satu tali penghubung antara yang dicipta dan pencipta, atau mungkin lebih jelas lagi penghubung antara hamba dan tuannya.
Saya cuba gunakan analogi situasi si peminta sedekah untuk saya fahami lebih mendalam tentang doa. Si peminta sedekah meminta-minta belas daripada orang yang lalu lalang, ramai yang kita lihat menggunakan kekurangan fizikal yang mereka ada untuk meraih simpati. Malahan ada yang mengendong anak kecil yang kelaparan. Maka, ada insan-insan baik hati yang Allah rahmati menghulurkan sejumlah wang tanda belas mereka.
Saya kaitkan analogi ini dengan konsep berdoa. Si peminta itu mempunyai kekurangan berbanding si pemberi. Kita lihat mungkin daripada aspek fizikal, wang. Maka si pemberi tadi yang mempunyai kelebihan atau kekuasaan daripada si peminta akan menghulurkan bantuan. Begitu jugalah doa. Kita, manusia hanya makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kekurangan, yang pengetahuannya terbatas, yang kemampuannya terbatas dan apa lagi yang tidak. Semuanya kurang jika hendak dibandingkan dengan Allah, tuhan yang menciptakan, yang bersifat MAHA (tertinggi) bagi segala-galanya.
Kenapa si peminta sedekah meminta sedekah? Sebab dia yakin yang ada orang yang mempunyai kekuatan lebih daripadanya yang akan membantunya. Jadi, kenapa perlu berdoa? Sebab kita tahu bahawa kita ini LEMAH dan kita PUNYA Allah yang akan membantu kita. Kita boleh memberikan janji yang kita mampu buat itu ini, tetapi kita lupa yang kita PUNYA Allah yang kekuasaannya mengatasi kemampuan setiap daripada kita. Maka, itu pentingnya doa agar Allah bantu segala-galanya dan tunjukkan jalan yang benar dan Dia redhai.
Dan harus diingat, doa itu bukan sahaja dengan mengangkat tangan baru dikatakan berdoa, tetapi dengan setiap lintasan dan rintihan kita juga merupakan doa.
Pernah dengar doa kata-kata yang mengatakan setiap bait bicara dan ungkapan adalah doa? Maka, sebab itu Islam mengajar kita untuk mengucap yang baik-baik kerana itu juga doa kita kepada si Dia.
Tiba-tiba saya yang teringatkan umi saya J.
Dia yang banyak memberi pesan kepada saya bahawa doa, doa, doa. Apabila saya mengadu itu ini, yang tidak akan lekang di bibirnya adalah doa kerana doa itu senjata orang mukmin. Dan yang pasti saya dengar dari bibirnya juga ialah Allah, Islam. Semuanya datang daripada Allah, maka kembalikan segala-galanya kepada Allah dengan sepenuhnya memberi kepercayaan kepada Dia.
Begitu hari ini saya memperoleh kekuatan daripada doa (kebergantungan kepada Allah). Saya masih insan biasa yang melakukan kesilapan, yang juga pada perasaan sedih, lemah, lemah longlai dan segala-galanya. Tetapi doalah medium saya untuk menceritakan segala-galanya kepada Dia, yang bahawa saya tanpa tak mampu menghadapi dunia tanpa Dia, tak mampu membuat keputusan tanpa Dia, tak akan gembira tanpa Dia, hatta tak mampu menggerakkan anggota tanpa Dia.
Sesungguhnya saya bersyukur Allah mengurniakan saya umi ayah yang solehah dan soleh. Yang sentiasa mengingatkan saya bahawa hidup ini ada Allah. Maka, saya azamkan dalam hati saya, insyaAllah saya pun mahu jadi ibu yang solehah untuk anak-anak saya nanti, yang mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. InsyaAllah J
Thursday, October 13, 2011
Today's Lesson
Wednesday, August 10, 2011
Repent
Wednesday, July 27, 2011
Online
Alhamdulillah. Terasa ingin terus bercinta dengan ALLAH. Terasa mahu online selalu dengan-Nya. Biar DIA bahawa saya amat memerlukannya walaupun sesaat.
Hari ni bangun lewat sikit daripada biasa. Mengantuk yang amat. Walhal belum pukul 10pm lagi dah tidur. Angan-angannya mahu tidur sekejap sahaja. Tetapi berlarutan sehingga ke sebelum subuh.
Apabila terjaga sedikit kecewa. Saya tidur tanpa berkasih-kasihan dengan ALLAH terlebih dahulu. Al-mulk lupa nak dibaca dan banyak lagi. Kecewa! Tetapi lagi kecewa bilamana saya melayan terus rasa mengantuk tanpa sempat nak membaca al-Quran sebelum subuh. Kecewa! Angan-angan kosong lagi. Tetapi saya yakin ALLAH masih di sisi saya. Saya teruskan senyum, memujuk hati untuk tak buat lagi seperti itu. Tadi hampir sahaja tak membaca al-mathurat, alhamdulillah ALLAH ingatkan saya. Oh, jatuh cinta!
Seperti biasa saya memang lemah tanpa ALLAH di setiap langkahan saya. Kadang kala tersungkur, pedih. Saya memang perlukan ALLAH. Pagi tadi terasa seperti kriuk, kriuk hati saya. Tak tau. Gelisah. Tetapi saya cuba penuhkan fikiran saya dengan Nya.
Syukur masih dalam nikmat Islam :)
Tuesday, July 26, 2011
Rasa
Saya lembik. Lemah. Tak kuat. Saya perlukan ALLAH di setiap langkah saya. Ya ALLAH jangan engkau biarkan aku walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek dari itu. Bimbinglah hamba-Mu yang lemah ni.
Saya jegil mata saya luas-luas. Melihat alam. Subhanallah, cantik. Lama saya tak menjegil begitu. Rasa zup, zup, zup masuk ke mata saya, ALLAH, ALLAH, ALLAH. Sekali lagi terasa kerdil. Saya betul-betul tak mampu menghadapi dunia yang sesak ni tanpa ALLAH. Saya betul-betul perlukan DIA. Sangat. Tanpa DIA siapalah saya. Kecik je di mata ALLAH. Tapi saya betul-betul perlukan perhatian DIA. Jadi, andai ALLAH menurunkan sebarang ujian jangan cepat melatah lah kan Syahida. Amati. Renungi. Dalami sebaiknya apa yang ALLAH mahu sampaikan zup, zup masuk ke dalam hati.
Saya tepuk-tepuk dada. Kalau tak rasa nak hempap dada ni dengan batu sebab betul saya perlukan ALLAH. InsyaALLAH, cuba nak menyusun langkah meraih perhatian DIA. Ya ALLAH bimbinglah aku dan bantulah aku. Tetapkan imanku di dalam agamamu ini.
Mahu terasa angau dalam cinta Illahi. Rindu merasakan ketenangan dari DIA..ALLAH.....
Monday, July 25, 2011
Cramp
Saturday, June 18, 2011
Experience
Tuesday, May 10, 2011
Monday, April 18, 2011
Motivation is Most Needed Now
Friday, April 8, 2011
AKU Milik DIA

Wednesday, March 9, 2011
Saturday, January 1, 2011
01.01.11
Lama tak menjengah blog. Ha! Tipu. Selalu. It's just I opened my account, click new post tab and leave it. Baca blog orang dulu. Haha. Lastly, end up reading theirs and forget mine.
So, leaving it untouched bersawang.
Hm, 01.01.2011. Meaning that 4 months onwards bakal 20 tahun. Huhu. Hilang sudah belas belas itu. My friends had once said, 'nanti bila 20, kita tak nak cukup umur 20. Bila orang tanya, umur saya 19 tahun 12 bulan.' Haha. Slapped forehead. Apakah?
OK cukup topic itu. Lagi bila awal tahun, sana sini tulis wishlist 2011. Saya pun pagi tadi usai solat subuh duduk termangu lama. Lalu ambil buku, tulis segala apa yang saya mahu lakukan.

Thursday, October 28, 2010
Umi Ayah
Thursday, October 21, 2010
Dunia, Batu, Kaca
Kepulangan kali ni ada orang baru di rumah. Senyum. Si kecil yang baik.

Semalam, saya mengajak Humairah berjogging.
Monday, October 18, 2010
Alam

Lagi mengenai alam.
Semalam petang, dengan denyutan kepala yang menghebat, saya bersama seorang itu melangkah gagah ke taman permainan. Sengaja. Mencari hikmah di sebalik penciptaan alam.
Wah~ ramai kanak - kanak. How sweet. Berlari - lari comel. Mengayuh basikal perlahan - lahan. Saya tiada niat untuk mengusik. Hanya melihat dari buaian sahaja.
Alhamdulillah. Subhanallah. Memandang langit. Senyum. Teringat si DIA.
Meriah taman ni. Ibu bapa pula turut sibuk bermain - main dengan anak. Saya senyum. Comel. Semoga keluarga mereka membesar bahagia dan anak - anak kecil itu, semoga membesar menjadi mujahid & mujahidah Islam. Aminn :)
Thursday, October 14, 2010
Senyum
Saya sudah menyorokkan dua post saya yang sebelum ini atas beberapa sebab. Kontroversi mungkin. Jadi, saya simpan molek - molek dalam draft saya dan insyaALLAH saya akan selalu view post2 tu dan membaca sambil tersenyum :)Hakikat Bahagia
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

