Wednesday, March 9, 2011

Here We Go




Happy Family Altogether
Ever After

Saturday, January 1, 2011

01.01.11

Assalamualaikum...

Lama tak menjengah blog. Ha! Tipu. Selalu. It's just I opened my account, click new post tab and leave it. Baca blog orang dulu. Haha. Lastly, end up reading theirs and forget mine.

So, leaving it untouched bersawang.

Hm, 01.01.2011. Meaning that 4 months onwards bakal 20 tahun. Huhu. Hilang sudah belas belas itu. My friends had once said, 'nanti bila 20, kita tak nak cukup umur 20. Bila orang tanya, umur saya 19 tahun 12 bulan.' Haha. Slapped forehead. Apakah?

OK cukup topic itu. Lagi bila awal tahun, sana sini tulis wishlist 2011. Saya pun pagi tadi usai solat subuh duduk termangu lama. Lalu ambil buku, tulis segala apa yang saya mahu lakukan.

Syahida's VMO 2011
Realistic and achieveable
.
.
.


Penting realistic and achieveable itu. Tak mahu buang masa and angan-angan kosong. InsyaALLAH. Mudah - mudahan apa yang dirancang diredhai oleh ALLAH.

Hanya redha ALLAH yang kucari,,,






Thursday, October 28, 2010

Umi Ayah

Homesick

Rindu semua orang di rumah

Mudah - mudahan dapat selesaikan

semua semua di sini

dengan

MUDAH

bersama

REDHA & KEBERKATAN ALLAH

Aminn...

rumahrumahrumahrumah

Thursday, October 21, 2010

Dunia, Batu, Kaca

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni sudah 2 hari di Perak.

Cuti - cuti rehatkan minda.

Pakej yang complete.

Berehat sambil berbakti :) InsyaALLAH

Kepulangan kali ni ada orang baru di rumah. Senyum. Si kecil yang baik.

Tak punya banyak karenah. Cucu yang ke-6. Dan semestinya anak buah yang ke-6 bagi saya.

Justeru, saya tak hairan bila ada suara - suara mengatakan, 'Wah, pandai Ieda pegang baby!"

Senyum. Ayahku :)

Ini bukan perkara practice makes perfect

Tapi ini perkara mak sedara kepada beberapa orang anak buah.




Semalam, saya mengajak Humairah berjogging.

Saja - saja. Untuk mengoptimakan hari dengan minda yang positif.

Bukan main bersemangat Humairah. Siap membawa towel kecil di bahu. Mana dia belajar? Pasti dari abahnya.

Kami berlari - lari kecil.

Bila ada motor lalu, kami berhenti. Buat tak tahu. Haha. Kuat berlakon.

Angin bertiup perlahan.

Senyum lebar - lebar. Alhamdulillah.

Si Humairah tak habis berceloteh. Saya? Diam. Hanya melayan celotehnya bila celoteh itu memerlukan jawapan.

Agak jauh. Semput juga. Si kecil ni pula tak habis nak berlumba dengan atamnya. Ok, melayan. Ada kalah DAN ada menang. Tak selalu harus berpura - pura kalah kan? Fair and square ;)

Akhirnya berhenti di satu titi. Membiarkan kaki terjuntai ke dalam tali air. Humairah terkejut. Nak mandi ke atam?

Bila masa saya cakap begitu. Anak kecil~

Saya pandang langit. Pokok - pokok. Suasana sangat tenang. Tiada orang lain melainkan kami dan DIA.

Masa yang sangat sesuai untuk muhasabah diri. Memikirkan.

Humairah baring. Atam! Tengok langit tu.

Saya pandang. Em, kakak tahu siapa yang cipta semua - semua ni?

Tahu. ALLAH la.

Mana kakak tahu.

Kakak tahu la. ALLAH kan boleh buat apa - apa je dengan kuasa ALLAH.

Haha. Pandainya kakak.

Eh atam baru tahu ke?

Hehe.Diam.

Saya terus menerus muhasabah diri. Mencari kata kunci, mengkoreksi diri.

Humairah masih bising - bising sambil mencari daun semalu.

Budak kecil ini~

Akhirnya saya join juga.

:)







Monday, October 18, 2010

Alam


Assalamualaikum...



Lagi mengenai alam.

Semalam petang, dengan denyutan kepala yang menghebat, saya bersama seorang itu melangkah gagah ke taman permainan. Sengaja. Mencari hikmah di sebalik penciptaan alam.


Wah~ ramai kanak - kanak. How sweet. Berlari - lari comel. Mengayuh basikal perlahan - lahan. Saya tiada niat untuk mengusik. Hanya melihat dari buaian sahaja.


Alhamdulillah. Subhanallah. Memandang langit. Senyum. Teringat si DIA.


Meriah taman ni. Ibu bapa pula turut sibuk bermain - main dengan anak. Saya senyum. Comel. Semoga keluarga mereka membesar bahagia dan anak - anak kecil itu, semoga membesar menjadi mujahid & mujahidah Islam. Aminn :)







Thursday, October 14, 2010

Senyum

Bismillahirrahmanirahim..

Ya ALLAH permudahkan hariku dan lapangkan hatiku dengan ketentuan-Mu.

Saya sudah menyorokkan dua post saya yang sebelum ini atas beberapa sebab. Kontroversi mungkin. Jadi, saya simpan molek - molek dalam draft saya dan insyaALLAH saya akan selalu view post2 tu dan membaca sambil tersenyum :)

Jadi hari ini, saya kembali bertatih untuk belajar menulis dengan betul. Menggunakan bahasa yang betul.

Doakan saya :)

Hakikat Bahagia

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Friday, September 17, 2010

Stella Cottrell






*

*

*

*



Hari ini mungkin perlu berkali - kali kita bertanya pada diri
Am I a full time muslim?
Kelihatannya seperti kelakar
Tetapi jika diulang ribuan kali
Pasti tembok ketiduran itu teroboh

Ya, kenapa dalam ribuan persoalan
Persoalan ini juga yang timbul
Haih, I kan memang muslim
tengok sahaja pada nama
Nurul Syahida
sudah ayu lagi islamik gitu
(contoh.contoh)
Ish3
(Harus ke begitu?)


Hey Hey~
Saya solat penuh
(Tak khusyuk pun)
Puasa tak tinggal
(Buat apa puasa mata, puasa perut sudahlah)
Tutup aurat semua ini
(Sikit - sikit je pun ok la)
Tengok tengok
Tak nampakkah?

Pelik pelik~
Kenapa harus isu ini yang ditimbulkan?
Bukankah lebih baik kita memerah otak memikirkan
Siapakah pembunuh Altantuya
Biar sampai pecah otak dan segala pun takpe
Asal jangan isu ini
Am I a full time muslim?
Eee~
Ada ke part time muslim?
Sesudahlah
Bak kata pepatah
Sudah terang lagikan bersuluh
Usah ditimbulkan persoalan ini lagi
Apa punya ini orang
Perlu spot light kah?

Hari ini kita perlu diingatkan semula
NO part time muslim!
Kerana hakikat hari ini
semakin ramai yang begitu
Mengambil Islam dari satu sudut itu
Ok ok
Aku on yang ini
Tetapi
Pada sebahagiannya
Ditinggalkan pula
Tak suit dengan dengan jiwa aku la..
Alasan begini
Bolehkah?
Maka, kata ALLAH
dalam surah Al - Baqarah
Ayat 208
' Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. '

Manusia...
Masih punya peluang untuk pulang ke pangkal jalan
Kerana itu semua
Kemahuanmu
Atas redha Illahi

Ya
Perlu digunakan akal itu
Untuk berfikir
Kerana
Nota Fikir untuk zikir
Apakah kehidupan aku hari ini sudah sepenuhnya kerana DIA
Sudahkah aku mematuhi perintah - Nya
Meninggalkan larangannya

Mari mari
Kita tadah tangan bersama
mendoakan yang terbaik untuk kita
Kerana yang menulis ini juga
sedang mengkoreksi diri
Am I a full time muslimah?

Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Ya ALLAH
Kau limpahkanlah hati kami
dengan cahaya ketaatan dan keimanan kepada - Mu
Celikkanlah hati kami
ketika memandang dunia

Ya ALLAH
Tetapkan kami dalam agama - Mu
Kuatkanlah hati kami untuk berusaha dan
terus di jalan - Mu

Ya ALLAH
Jangan Kau golongkan kami
dalam golongan yang Kau murkai
bimbinglah kami wahai ALLAH yang Maha Baik

Amiin Ya Rabbal 'Alamin

P/S : Tajuk itu? Apa kena mengena =.=