Bismillahirrahmanirrahim. Sejak sekian lama tidak menyulam kasih mesra serta chenta dengan LIFE STORYTELLER, tiba - tiba hari ni terasa rindu pada laman maya ni. Terpanggil - panggil untuk menulis. Terpanggil - panggil untuk meninggalkan sedikit coretan - coretan comel. Mohon hendaknya setiap coretan ni dipandu oleh driver 'iman' berkenderaankan jasad pinjaman ALLAH SWT.
Dua, tiga hari ni dah bermula semester baru. Alamatnya, kembali menyusuri alam kampus. Kembali ke medan perjuangan akademik. Meneruskan perjalanan dakwah yang barangkali gear kelajuan harus dikawal dengan lebih teliti lagi bijaksana hanya semata untuk menyebarkan ISLAM milik semua lillahitaala.
Saat mahu pulang ke Shah Alam tiada lagi butir - butir jernih ketidaksediaan mengiringi. Saat itu sudah menanamkan tekad di hati. Terasa bangga. Terasa sedih. Terasa ketakutan. Semuanya digaul menjadi satu yang mana tak tahu macam mana nak menggambarkan perasaan itu. Berbaur - baur.
Lagi lagi mengenai kepala saya. Atau lebih spesifik OTAK. Kadangkala terasa saturated. Entah kenapa kadar penghayatan itu kadangkala mencecah angka zero. Cuba mengurut - urut kepala. Menghirup angin kurniaan ALLAH. Mencari titik penghayatan itu. Mahu mengambil sebanyak mungkin ibrah dari penghayatan itu. Tak mahu seperti mengangkut air dengan raga. Sia - sia bukan. Apakah ini padahnya tidur di atas lantai atau mungkin atas kelewatan mengundang gelombang alpha berbanding malam - malam yang biasa? Tepuk dada, tanya Syahida. Baik.
Lagi lagi pelangi. Dan sekali lagi Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam kata - katanya, belajarlah dari alam. Pelangi itu. Indah bukan :) Begitulah kehidupan. Mahu melihat pelangi yang indah perlu untuk melalui hujan yang kadangkala membawa kedinginan ke tulang rusuk. Ketidak selesaan lantaran butir - butir air hujan membasahi bumi. Jadi orang yang tak mahu hujan jangan terkulat - kulat menantikan pelangi.
Lagi lagi pelangi. Dan sekali lagi Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam kata - katanya, belajarlah dari alam. Pelangi itu. Indah bukan :) Begitulah kehidupan. Mahu melihat pelangi yang indah perlu untuk melalui hujan yang kadangkala membawa kedinginan ke tulang rusuk. Ketidak selesaan lantaran butir - butir air hujan membasahi bumi. Jadi orang yang tak mahu hujan jangan terkulat - kulat menantikan pelangi.
Hehe. Senyum banyak ;)
Menyerahkan diri secara TOTAL kepada DIA. Ya ALLAH bantu dan bimbinglah diri ini jua insan - insan lain di sekeliling diri ini. Jangan ya ALLAH engkau biarkan kami bersendirian menentukan diri sendiri atau mengharap orang lain dari engkau sendiri walau dalam kadar sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu. Ya ALLAH, semoga setiap detik hati, setiap degup jantung, setiap langkah mahupun suapan hanya untuk MU.
Mohon maaf atas salah silap. Rindu mereka. Tertanya - tanya khabar mereka. Jadi saya mesej mereka.Oh, siapa mereka? Biar siapa mereka saya di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kita.Buat mereka, moga baik - baik hendaknya. Dan moga - moga lagi kita sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang NYA. Ameen :)
No comments:
Post a Comment