Assalamualaikum wbt...
Melihat langit...Alhamdulillah sudah berada di Shah Alam. Kepulangan semalam ke rumah masih terasa.
Hmm ye. Umi dan ayah yang menghantar ke stesen bas sebentar tadi. Bas? Lewat. Sangat. Cumanya masih tersenyum menanti bertemankan mereka.
Hari ni dalam bas mulanya duduk berseorangan. Jadi bila berseorangan itu agak bebas. Membaca itu. Membaca ini. Termenung itu. Termenung ini.
Cukup itu ini, sampai di Kuala Kangsar bas berhenti untuk ambil penumpang lain.
Dipendekkan cerita barangkali kerana senyum syahida yang manis seseorang mengisi ruang kosong di sebelah. Maaf. Ada unsur ortodoks di situ. Ulang kenyataan, barangkali kerana ada ruang kosong di sebelah itu, bersampingan dengan sedikit senyum manis syahida maka mak cik itu pun duduk di sebelah saya.
Oleh sebab syahida dan mak cik itu juga barangkali, seorang yang suka bercakap, em tak tepat, ulang ulang . Hm ye seorang yang ramah maka satu persatu bait - bait kata perkenalan. Nama mak cik apa? Tinggal mana? Dan seterusnya....*Bersembang kompang*
*Senyap kami berdua*
Barangkali kerana tiada modal. Justeru, meneruskan pembacaan tulisan ustaz Pahrol. Melihat pemandangan luar = Mendigest apa yang dibaca. Duhai langit..Duhai pohon kehijauan tanda wujudnya DIA yang Maha Baik. Memanfaatkan perjalanan. Teringat pada pemberi nikmat tatkala melihat nikmat.
Tiba - tiba,
Mak long : eh ni mak long nak bagi siap - siap. takut nanti kelam kabut turun mak long lupa nak bagi
Ieda : hmm, ape? =.= (terkejut)
Mak long : Duit raya (senyum)
Ya ALLAH, nak menolak? Melihat muka suci mak long..ikhlas untuk memberi. Jadi saya menyambut terkedu. Memberikan senyuman sedikit
Ieda : Terima kasih....
Mak long nak ke umrah esok. Jadi sebenarnya dalam fikiran sudah berkira - kira. Hmm, nanti nak mintak mak long tolong doakan saya dan keluarga di sana. Moga kami semua terdiri dari golongan yang rajin mendirikan solat, hidup dalam redha Nya dan sebagainya...
Tetapi tak terkeluar semua itu...Terkedu. Barangkali gembira atas rezeki-Nya...Dan barangkali juga bersedih..Hm, bila ada yang mengatakan, ni duit raya. Petandanya Ramadhan semakin meninggalkan kita. Hm ya. Syawal! Hari kemenangan itu..Tetapi apa yang menimbulkan kesedihan di hati...
Saya masih belum puas diulit cinta Ilahi. Saya masih belum puas ditarbiyah oleh-Nya. Saya belum puas merasakan kenikmatan Ramadhan kali ini...Hmm ya..saya masih merangkak di jalan-Nya, mencari redha-Nya dalam belenggu kehidupan...
ya ALLAH...
Bentley Mitchum
1 week ago
No comments:
Post a Comment