Assalamualaikum..
Bunga - bunga di taman..pohon - pohon hijau melambai - lambai.. sepoi angin menenangkan jiwa...
Semestinya saya bukan di taman tika ini..apatah lagi di tasik. Cuma saya mahu mengekspresskan mood saya. Mahu tenang melihat dan melalui masa hadapan. Mahu melihat gelas yang setengah masih berisi. Mahu diabaikan setengah gelas lagi yang sudah kosong. Boleh disimpulkan, Nurul Syahida mahu optimistik dengan kehidupan. Bersumberkan agama Islam yang mengajar individu muslim untuk optimistik secara optimum dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi..
Semestinya saya bukan karyawan, apatah lagi sasterawan yang terlalu hiperbola dalam tulisannya,yang terlalu dramatis bahasanya. Cuma saya adalah saya. Insan yang cuba bertenang dan berusaha memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik (Inhale)
Hari - hari yang berlalu kadangkala terasa seperti haru biru. Malam - malam tidur begitu sahaja. Pagi - pagi buta pula mata sudah pandai untuk melayan tidur yang lena. Kadangkala semuanya terlepas begitu sahaja. Bingkas melawan nafsu. Bermujahadahlah Nurul Syahida.
Pada suatu ketika itu, mata bisa mengalirkan air mata yang bergelen. Pada tika itu, saya pesimis dengan apa yang berlaku. Tapi pada suatu pagi itu, ketika hati terasa tidak tertahan lagi, Allah menegur halus..Saat membaca tafsirnya, dalam surah al-Hujurat ayat ke 12 :
"Wahai orang - orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa....."
Ya Allah, menangis syahida. Ya, mungkin kerana terlampau melayani perasaan. Jadi saya membiarkan prasangka itu menerokai jiwa. Astaghfirullah. Saya memberhentikan bacaan. Memikirkan apa yang berlaku. Ya ada hikmahnya.
Lagi pada saat jiwa tak tertahan lagi, tidak tahu untuk meluahkan pada siapa. Sebab saya pasti amat insan lain juga sibuk. Punya perkara yang lain yang turut memeningkan kepala. Saya berdiam diri. Menanggung sendiri...lagi sekali saya terima jawapannya...
Surah Qaf ayat 16:
" Dan sungguh kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya "
Apabila difikirkan semula, ya, Allah mahu mengajar erti sabar dan bertolak ansur. Bahkan Allah mahu saya lebih meluahkan kepada DIA. Kerana dia yang maha tahu.
Semuanya tidak berlaku sia - sia.
Bak kata senior itu, di alam universiti ini kita bukan belajar ilmu akademik semata..tapi yang lebih penting ilmu kehidupan. Ilmu memahami ragam manusia yang pelbagai dan lain - lain.
Doakan kebahagiaan saya dan kita bersama. Mohonnya agar kehidupan kita berlandaskan keredhaan Allah dan setiap apa yang terjadi hari ini lebih baik dari hari semalam. Aminn...
Bentley Mitchum
1 week ago
No comments:
Post a Comment