Hati oh hati...
Hmm, hari ni tiba - tiba ada rasa mahu menulis mengenai hati. Ish, bagaimana ye nak memulakan entri ni?
Hmm, idea idea. Ke mana awak? Awak tadi seperti mahu keluar mencurah - curah ke ladang gandum. Kini, menyorok sudah. Hmm, tak pe..
Bismillahirrahmanirrahim...Ya ALLAH Pimpinlah aku dalam penulisan kali ini..
Ye mungkin..
Boleh...
Kita mengeja bersama...
H
A
'Ha'
T
I
'Ti'
++Hati++
Aku dan hati. Hmm, tiba - tiba terasa mahu menulis mengenai hati. Sebab hati ni sangat mahal kan? Harus dijaga molek - molek. Kerana hakikatnya hati itu raja seluruh indera yang lima. Dialah yang menghitam putihkan seluruh tindakan manusia. Zahir dan batin semuanya dikawal oleh hati. Sebagaimana sabda rasulullah s.a.w :
"Dalam jasad anak Adam ada seketul daging, yang mana, baik daging itu maka baiklah seluruh anggota jasad. Jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah..daging itu adalah hati"
Hmm ye hati ni harus dijaga. Harus dibekalkan dengan keimanan. Kerana hati yang bersih itu adalah wadah datangnya bantuan ALLAH untuk menyelesaikan segala masalah.
Ya ALLAH..saya menepuk - nepuk dada ini, membelai sayang. Saya sangat sayang pada sekeping hati. Tak mahu biarkan ia berkarat. Kalau hati ni bisa untuk dikeluarkan, hari - hari saya mahu mencuci. Guna chlorox, biozip dan apa sahaja selagi boleh. Tetapi hakikatnya semua itu tak boleh kan. Jadi saya terus membelai dada ini..Mencari dan mengingati tuhan di sebalik tindakan itu. Ya ALLAH, kau curahkan keimanan dalam hati kami Ya ALLAH..Kerana hidup ini acap kali membuatkan kami tersungkur. Kadangkala mahu berhenti, tetapi....ALLAH membenci hamba - NYA yang berhenti tanpa terus berusaha. Justeru Ya ALLAH, kami meneruskan langkahan, biar dalam rangkakan sekalipun..
Ya ALLAH..pentingnya hati yang bersih untuk melalui bebanan kehidupan yang semakin membeban di pundak..Pentingnya hati yang bersih untuk memandang positif apa yang berlaku.. Kerana semua yang kita pandang buruk itu hakikatnya di mata ALLAH adalah satu kebaikan..
Ya ALLAH Ya tuhanku..Pemilik hati ini..Yang sentiasa membolak balikkan hati ini...Tetapkanlah hati kami dalam agama-MU. Bimbing dan berilah kekuatan kepada kami untuk tersenyum menghadapi hari yang mendatang
Manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki ini untuk terus membaiki hati kita. Rayulah pada si DIA, insyaALLAH DIA akan bersama kita untuk bangkit ketika gelap gelita :)