Sunday, August 15, 2010

Spiritual Injection

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Hiya!! Terasa kelegaan...kepada kakakku...Syukran ya Ukhti..Ieda rasa kembali bersemangat....Terkenang bait - bait ungkapan dalam mesej itu tatkala merenung alam..Kira Ieda masih boleh terus tersenyum dan meneruskan langkahan :)

Ya...apabila kita diuji dengan apa yang kita katakan...itu menunjukkan ALLAH mahu mendidik kita dengan apa yang kita katakan...

Hidup ini ALLAH tak menjanjikan mudah bukan?

Surah al-ankabut, ayat ke 2:

'Pantaskah kamu mengaku kamu beriman, sedangkan kamu diuji'

Tak mudah..Tetapi ALLAH menjanjikan untuk bersama di setiap langkahan kita..pohonlah kepada si DIA..

Hmm..secara jujurnya, saya mengangkat tangan...Otak saya sangat tepu tika ini..Saya memerlukan sesi pem'brain wash' an.

Mujur ada insan - insan yang masih memberi support kepada saya..Mahu balik sudah..Bukan kerana apa...saya mahu melihat semangat umi dan ayah...saya mahu mendengar bicara umi dan ayah..saya mahu melihat wajah mereka....biar tika itu mengalir segala ketepuan saya..

Tetapi mengingatkan diri akan tugasan yang belum langsai saya belum boleh pulang untuk menatap dan merenung pulau kelapa di depan rumah itu..Ya, sila kembali bersemangat!

Saya harus meneruskan langkahan. Harus TEGAR menghadapi masalah. Bukan melarikan diri kan?

Sebenarnya tiada apa yang ALLAH berikan di luar kemampuan kita. Ya! Saya harus positif!! Huhu. Seperti mempunyai masalah yang sangat besar bukan? Ya..masalah yang sangat besar apabila otak saya mula memutar belitkan keadaan kepada negatif...Haish!

Tiada lagi~~

Tadaa :)

Alhamdulillah...Saya kira pada waktu - waktu begini hormon saya sangat tidak stabil. Jadi, senyum :)

Usah difikir yang tidak bagus itu...:)

DOA. DOA. Merayulah kepada si DIA. Kerana DIA maha mendengar dan mengetahui.

Berdoa bukan untuk memberitahu ALLAH apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun ALLAH sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.

Doa indikator kita mengingati ALLAH.

Surah al-Ra'd ayat ke 28:

'....Ingatlah, dengan hanya mengingati ALLAH hati menjadi tenang'

:) Jom doa..usah stress, sebab saya, kamu dan kita mampu menghadapinya bersama ALLAH.

Ya. Usaha escalator kejayaan ;)

Hmm..Gambate!



2 comments:

YTSK said...

salam. pembetulan cket kt trjmahan ayat 2 surah al-ankabut tu. 'Pantaskah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu BELUM diuji.' BELUM tertinggal di situ. Hati2 ye lain kali cik ieda...;)

Life Storyteller said...

wslm..o ye2..syukran :)