Friday, July 23, 2010

Friday again

Assalamualaikum...

Jumaat datang lagi. Sekali lagi terasa begitu cepat masa berlalu. Terfikir-fikir akan detik masa yang sudah berlalu. Dimanfaatkan sebaiknya ke? Ataupun sebaliknya?

Hari ini sudah 5 hari arwah meninggalkan kami. Walaupun saya tidak sempat mengenalinya lebih rapat, tetapi cukup sekadar dengan beberapa kali pertemuan kami yang sempat bergelak ketawa, mengusik-usik malahan arwah selalu meninggalkan amanat dan sokongan padu sudah cukup membuatkan saya sehingga ke hari ini terasa sayu dan sedih. Allah menarik nyawanya ketika masih dalam perjuangan. Terbit rasa kagum dan gembira. Namun apabila memikirkan giliran diri ini menjadi tidak ketahuan. Adakah saat malaikat maut menarik nyawa saya, saya masih tegar berada dalam perjuangan? Kadang - kadang terbit rasa takut. Tapi..dikuatkan semangat. Dengan pemergian arwah, saya mula melihat diri. Agar suatu hari nanti apabila malaikat maut menjemput diri, saya sekurang-kurangnya sudah mempersiapkan diri untuk kematian itu. Kerana saya juga mahu pergi dalam keadaan masih berjuang.

Al-Fatihah untuk arwah Kak Anis. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amiin.

Sunday, July 18, 2010

Belum tidur?

Assalamualaikum wrh wbt...

Bulan semakin menyembunyikan diri, insan - insan lain makin hanyut dibuai mimpi, tapi saya masih berjaga. Tidak lah juga sebenarnya. Sudah pun tidur sebentar tadi. Tersentak lantas bangun. Ada sesuatu di fikiran yang harus diselesaikan. Segera.

Ya ALLAH bantulah kami.......

Friday, July 16, 2010

Time Really Flies

Salam Alayk

Today is Friday. Again. Weekend comes in. It's just so fast. Isn't? Thinking of what I have done for this whole week. Hmm yaa, but well, time wait for no man, right? Agree? Yes, I do.
Okay! Let it be. Tadaa~
Ha! Writing in English. Haha. Malay people used to say, "buang tabiat ke??" Huhu. It's just something in sudden after a long while I'm not writing in English. Lalala. I'm gonna to ignore it. That's it. Huhu.
P/s : Know what..I'm refraining myself from writing in Malay right now. But somehow, my inner side said , malay malay malay. Haha. Just because I think my malay vocub is better. Kot. Haha. But somehow, it just can't. My english seems to get worse. Terrible bad. And now I need to sharpen it.
L. A. N. G. U. A. G. E. . I. S . . A. . L. I. F. E. L. O. N. G. . P. R. O. C. E. S. S
* * * * *
Okay, new setting background. This time should be a bit serious. Ha. No laughing.
Stern reminder. Laughing is disallowed. But grin from ear to ear is allowed :D Haha. What rule is this?
Syahida. Jangan merapu. Ha, don't!
Oppss.
*
*
*
*
Sorry for inconvenience.
Now, let's continue. It was raining just now. At first, tak perasan. Leka doing homework. But then, when someone was knocking the door, I got to it and opened. Huhu. Oh, it's raining. Wind blew, touching my face. Haa, teruja. Cool and calm comes in. Hello hello can I crawl into your heart? And for sure it can. hehe.
Thanks ALLAH for all. It is you that motivated me. Your amazing creation. Thanks ALLAH

Thursday, July 8, 2010

Koreksi Diri

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua :)

Suara ceria walau jasad terasa sedikit penat. Sedikit je by which it's not a big deal kan? Berkhidmat untuk anak bangsa. Hehe.

Hari ni bangun pagi, terasa suatu perasaan yang menyambut. Ketenangan. Semua itu menyebabkan saya pagi pagi tersenyum lebar- lebar, menyanyi - nanyi kecil. Tatkala ambil wuduk saya mengingatkan diri tentang pemberi nikmat. Alhamdulillah. Syukur. Walaupun sebenarnya malam sebelum itu saya sudah dilanda ombak kerisauan. Tidur lambat begini, bakal mengundang pagi yang sangat blur. Tapi alhamdulillah rahmat ALLAH.

Dan lagi tadi jalan seorang - seorang. Memasangkan seribu satu macam persoalan dalam diri akan tujuan hidup di dunia ini. Mengingatkan diri dengan kata - kata jua pesan umi tercinta,

" Kita hidup untuk redha ALLAH. Lepas solat jangan lupa doa, mohon ALLAH aturkan perjalanan hidup yang baik, perjalanan hidup yang DIA redhai. Doakan umi, ayah, along, kakak - kakak, adik -adik, sahabat - sahabat dan diri sendiri. "

:)

Otak ligat koreksi diri. Aku buat semua ini kerana apa? Apa yang aku harapkan? Adakah ikhlas semua semua ini? Adakah betul tindakan ini? Fikir - fikir. Muhasabah diri.

Hari - hari bertanya diri. Adakah hari ini lebih baik dari semalam?

Ya, saya mahukan sesuatu yang lebih baik. Tapi tak perlu mengharapkan perfection. Sebab saya masih insan biasa. Kadangkala marah juga pada diri.

Apa - apa pun jua, semoga ALLAH meluruskan langkah saya dan kita semua. Tiada lain yang diharapkan melainkan perhatian dan redha DIA.


Tuesday, July 6, 2010

Say Cheese :)

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim. Sejak sekian lama tidak menyulam kasih mesra serta chenta dengan LIFE STORYTELLER, tiba - tiba hari ni terasa rindu pada laman maya ni. Terpanggil - panggil untuk menulis. Terpanggil - panggil untuk meninggalkan sedikit coretan - coretan comel. Mohon hendaknya setiap coretan ni dipandu oleh driver 'iman' berkenderaankan jasad pinjaman ALLAH SWT.

Dua, tiga hari ni dah bermula semester baru. Alamatnya, kembali menyusuri alam kampus. Kembali ke medan perjuangan akademik. Meneruskan perjalanan dakwah yang barangkali gear kelajuan harus dikawal dengan lebih teliti lagi bijaksana hanya semata untuk menyebarkan ISLAM milik semua lillahitaala.

Saat mahu pulang ke Shah Alam tiada lagi butir - butir jernih ketidaksediaan mengiringi. Saat itu sudah menanamkan tekad di hati. Terasa bangga. Terasa sedih. Terasa ketakutan. Semuanya digaul menjadi satu yang mana tak tahu macam mana nak menggambarkan perasaan itu. Berbaur - baur.

Lagi lagi mengenai kepala saya. Atau lebih spesifik OTAK. Kadangkala terasa saturated. Entah kenapa kadar penghayatan itu kadangkala mencecah angka zero. Cuba mengurut - urut kepala. Menghirup angin kurniaan ALLAH. Mencari titik penghayatan itu. Mahu mengambil sebanyak mungkin ibrah dari penghayatan itu. Tak mahu seperti mengangkut air dengan raga. Sia - sia bukan. Apakah ini padahnya tidur di atas lantai atau mungkin atas kelewatan mengundang gelombang alpha berbanding malam - malam yang biasa? Tepuk dada, tanya Syahida. Baik.

Lagi lagi pelangi. Dan sekali lagi Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam kata - katanya, belajarlah dari alam. Pelangi itu. Indah bukan :) Begitulah kehidupan. Mahu melihat pelangi yang indah perlu untuk melalui hujan yang kadangkala membawa kedinginan ke tulang rusuk. Ketidak selesaan lantaran butir - butir air hujan membasahi bumi. Jadi orang yang tak mahu hujan jangan terkulat - kulat menantikan pelangi.

Hehe. Senyum banyak ;)

Menyerahkan diri secara TOTAL kepada DIA. Ya ALLAH bantu dan bimbinglah diri ini jua insan - insan lain di sekeliling diri ini. Jangan ya ALLAH engkau biarkan kami bersendirian menentukan diri sendiri atau mengharap orang lain dari engkau sendiri walau dalam kadar sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu. Ya ALLAH, semoga setiap detik hati, setiap degup jantung, setiap langkah mahupun suapan hanya untuk MU.

Mohon maaf atas salah silap. Rindu mereka. Tertanya - tanya khabar mereka. Jadi saya mesej mereka.Oh, siapa mereka? Biar siapa mereka saya di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kita.Buat mereka, moga baik - baik hendaknya. Dan moga - moga lagi kita sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang NYA. Ameen :)