Perkongsian bukanlah suatu perkara yang mudah
Kerana hanya dari hati yang akan jatuh dari hati
Kadangkala bingung,
Namun apa yang aku harapkan adalah bantuan Ilahi
Ku panjatkan rabitah hati,
Ku bayangi setiap wajah yang aku kasihi
Betapa aku ingin menyentuh hati mereka
Menyampai dari hati,
Perkongsian itu boleh sahaja,
tetapi akan kelihatan artificial bila datangnya bukan dari hati,
Ya ALLAH ikhlaskan aku dalam perkongsian ini
Ya ALLAH bersama ini ku untaikan rindu buat mereka
Ku ungkapkan maaf atas segala
Sesungguhnya aku hanya mahukan yang terbaik buat kita
Ya ALLAH sentuhlah hati - hati kecil kami
Andai diri kami semakin menjauh darimu
Kau peringatkanlah kami
Sesungguhnya kami ini insan yang alpa
kerdil
sering jua melakukan kesalahan yang sama
Ya ALLAH bukakanlah pintu hati kami
Agar kami lebih dekat dengan - Mu
Kau ampunkanlah dosa - dosa kami Ya ALLAH
Kami ini lemah Ya ALLAH
sering jua membelakangi - Mu
Ya ALLAH Ya Rahman dengarlah rintihan hatiku...
No comments:
Post a Comment