Salam alayk
Ayah menyorokkan cik brud brud. Semuanya gara-gara ada yang melekat 27 hours di hadapan laptop. Hambik. Begitu hiperbola. Huhu. Tetapi sebenarnya begitulah. Bangun broadband, makan broadband, tidur pun broadband. Dan tetapi ya harus di-highlight-kan bukan saya yang pastinya:*
Jadi harusnya bagaimana ya entri ini ditulis? huhu. Terima kasih pada handphone Cik Mutiah yang berjasa. Ok done mukadimah. Hehe
Menyebut sahaja raya yang pasti rumah Cikgu Rodi mesti meriah. Malam 1 Syawal umi mesti kelam kabut menyiapkan baju-bajunya-Oh anak tailor rupanya. Dan pada malam itu pasti akan memasak rendang dan segala.
untung umi punya anak dara yang ramai. Tetapi yang ini-syahida-pasti syahid. Waktu-waktu yang dikira kritikal. Sleepy would prevail. Oh dengan telekungnya.
Terjaga 3am, melihat umi. Masih berjaga. Ya, bergegas mandi dan bersolat yang perlu. Bersalah. Turntaking.
Memotong kucai. Mengeluarkan udang di peti dan segala apa lagi yang perlu. Harus pantas. Sudah kebiasaan sahabat ayah selepas subuh ke rumah. Jadi harus pantas.
Eidulfitri kali ni terasa natural. Tetapi akan terlebih juga semangatnya mendengar lagu raya. Happy mungkin.
Tetapi entah kenapa bila teringat kata-kata Ustaz Pahrol dan isteri-kami terlalu berusia untuk tidak memikirkan amal dan usia. Pedih memikirkan harus berapa kali Ramadhan berlalu tanpa meninggalkan kesan pada diri-seolah dicarik carik kehappyan itu.
Hm, adakah saya masih muda untuk tidak memikirkan perkara yang sama?
Bentley Mitchum
1 month ago
No comments:
Post a Comment