Saturday, September 11, 2010

Tajuk Apa Yang Patut?

Seronok mengemas. Macam - macam boleh jumpa. Segala perlembagaan, surat - menyurat dan termasuklah cik brud brud. Molek tersembunyi di dalam periuk ;)

Lagi teruja melihat surat Si Kecil untuk sahabatnya. Surat yang menyatakan kata maaf. Oh kanak - kanak pun tahu untuk menyatakan maaf dan melempiaskan ego. So sweet :)

Sudah berlalu pun 1 Syawal. Haa, nak habaq mai birthday cek 11 Syawal ok. Winkwink~ Harus ke?

Sesudahla. Saya sebenarnya mahu beritahu, SELAMAT HARI RAYA. Dan juga saya mahu memberitahu kata maaf.

Buat sahabat - sahabat dan kawan - kawan,
Maaf ya. Saya bukan seorang yang begitu sempurna untuk memuaskan hati semua pihak. Kadangkala menyakitkan, kadangkala mengguriskan, kadangkala mencalarkan, kadangkala berprasangka. Adush begitu tidak bagus ya.Sememangya mustahil untuk menjadi seorang yang PERFECTO tetapi saya cuba untuk mencapai ciri kesempurnaan itu. Saya cuba meminimakan apa yang mungkin. Sebab saya sayang semua. Oh tolong bantu saya? Di mana salah silap mohon dibetulkan dan dimaafkan.

Buat ketua - ketua,
Tidak kisahlah ketua group atau apa. Saya mohon maaf juga. Maaf jika saya tak menjadi anak buah yang baik. Andai tak menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Aduhai malas - malas gitu. Maaf ya. Saya mencuba yang terbaik.

SALAM EIDULFITRI DARI IDA & KELUARGA

No comments: