Currently, sangat rindu untuk duduk di majlis ilmu. Otak cramp kalau lama - lama begini. Huhu. Rindu sangat :(
Umi cakap bukak la internet tu, cari pengajian, ceramah - ceramah, kan banyak. Huhu. Tapi kali ni betul-betul rindu untuk duduk dalam Surau Melati. Sama-sama tadabbur al-quran, tazkirah. Huhu. Manusia... Hati lekas saja lalai.. Pantang alpa, ada-ada sahaja makhluk Allah yang satu tu mencucuk-cucuk. Tambah-tambah di kala waktu begini, mood, iman macam perahu menanti karam. Tenggelam, timbul, tenggelam, timbul..
Ya Allah, memang air bah turun tadi. Dah lama tertahan-tahan. Bila hati gelisah yang teramat.
Biarkan saja ia turun, kurang sikit rasa beban di dada, menanggung seribu satu macam perasaan. Teringat segala amanah yang harus dipegang erat.
Saya semat di hati, berfikiran positif, mencari setiap hikmah dalam apa sahaja yang saya lalui ketika ini.
Buka al-Quran, baca buku, fikir, fikir dan fikir. Tak mahu sedikit pun fikiran ni menerawang. Saya mahu setiap masa mengingati ALLAH, ALLAH dan ALLAH. Kerana saya amat mengharapkan kasih dan redhanya.
Jalan terakhir saya tidur. Err, tidur dalam mengharapkan redha ALLAH. Alhamdulillah bangun dengan semangat baru. Menjauh untuk mendekat. Huhu. Ayat Syak. Tiru ye.. Sebab saya rasa sangat betul. Hehe.
Saya doakan kita semua diberi kesihatan yang baik. Hidup dalam redha-Nya. Dan hari ni lebih baik dari sebelumnya. Iye! Berusaha...
P/s : Jom menghafaz surah. (Ayat kick start!)
No comments:
Post a Comment