Tuesday, July 26, 2011

Rasa

Bismillahirrahmanirahim...

RASA nak rendam kepala kat air panas. Yang menggelegak. RASA-RASA je berani, cuba sekali...sakittttt. Tu neraka ALLAH belum tau, lagi sakit..

Saya lembik. Lemah. Tak kuat. Saya perlukan ALLAH di setiap langkah saya. Ya ALLAH jangan engkau biarkan aku walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek dari itu. Bimbinglah hamba-Mu yang lemah ni.

Saya jegil mata saya luas-luas. Melihat alam. Subhanallah, cantik. Lama saya tak menjegil begitu. Rasa zup, zup, zup masuk ke mata saya, ALLAH, ALLAH, ALLAH. Sekali lagi terasa kerdil. Saya betul-betul tak mampu menghadapi dunia yang sesak ni tanpa ALLAH. Saya betul-betul perlukan DIA. Sangat. Tanpa DIA siapalah saya. Kecik je di mata ALLAH. Tapi saya betul-betul perlukan perhatian DIA. Jadi, andai ALLAH menurunkan sebarang ujian jangan cepat melatah lah kan Syahida. Amati. Renungi. Dalami sebaiknya apa yang ALLAH mahu sampaikan zup, zup masuk ke dalam hati.

Saya tepuk-tepuk dada. Kalau tak rasa nak hempap dada ni dengan batu sebab betul saya perlukan ALLAH. InsyaALLAH, cuba nak menyusun langkah meraih perhatian DIA. Ya ALLAH bimbinglah aku dan bantulah aku. Tetapkan imanku di dalam agamamu ini.

Mahu terasa angau dalam cinta Illahi. Rindu merasakan ketenangan dari DIA..ALLAH.....

No comments: