Wednesday, September 8, 2010

Stars



Ya ALLAH, cantiknya! Saya tersenyum.Termotivasi juga di situ. Semalam semasa perjalanan ke surau saya memandang langit. Subhanallah! Meriah. Bintang di sini sana dalam pekat malam. Sambil berjalan kaki itu saya terdongak - dongak melihat atas. Ada yang perasan? Untung sahaja tak tersandung.

Rumah kami jauh ke dalam. Al - maklumlah tanah lot. Tetapi sebenarnya tak lah jauh mana, cumanya bagi saya perjalanan sejauh itu sudah cukup membuatkan saya teringat - ingatkan Si DIA. Hebatnya.

Entah sejak bila saya mula menghargai alam. Maksud saya melihat alam bersungguh - sungguh, meneliti dengan mata hati sampaikan sejak itu pagi - pagi saya di Kolej saya akan bertenggek di tepi balkoni, snap picture di subuh hari. Ya, memberi motivasi.

Jika dahulu saya seorang yang biasa - biasa sahaja bila melihat alam. Tetapi sejak satu detik itu saya diingatkan dengan satu perkara, manusia ini selalu mengabaikan sesuatu yang luar biasa di hadapan kita sebab sudah terlalu biasa dengannya. Misalnya, buah yang tergantung dipokok itu. Umi pernah kata, cuba tengok buah cempedak tu. Besar kan? Tapi macam mana buah yang sebesar itu boleh tergantung pada tangkai yang kecil tu? Pelik kan. Persoalan tu umi biarkan saya fikir dan kini saya semakin dapat mendalami maksud kata - kata tu.



Langit malam. Malam semalam bila saya melihat langit yang berbintang itu saya mengingatkan diri dengan, oh ini indahnya malam - malam akhir Ramadhan. Tetapi dalam masa yang sama juga terfikir Ramadhan yang semakin berlalu ini adakah meninggalkan kesan pada saya.

Barangkali saya sudah cukup matang untuk memikirkan amal diri yang tak cukup ini. Haih! Saya masih bermujahadah dalam kehidupan ini. Dan saya amat memerlukan DIA untuk membimbing saya.

3 comments:

kucingadalahspesisciptaanTuhanyangsangatcomel said...

assalamualaikum buk!~
wah~! wah~! malam tadi anda pun mnengok2 bntang2 d angkasa raya ke.uwahh~~ :D :D malam tadi sy turut mndongak2 ke atas mlihat bintang2. brkelip2. * * * sgt byk. sperti mau brbaring2 di luar mlihat bntang yg brbillion2 tu. sgt teruja. *_* jd brangkali kite di waktu yg same ttapi dlokasi yg brlainan mlakukan aktiviti yg same.wee~~ :D hu.sgt cantik~bintang *-* kan buk kan. okokok. mngundur diri.salam~ :D

Nurul Syahida binti Mohamad Rodi said...

Wslm..
Oh.oh.knp harus hari ni baru sedar ya ibuk mgomen saya. hua2
iya2. cantik kan? butul3. sep sikit. huu.
oh buk..knp tak baring aja? Bikin hati gumbira sikit. Hehe. Tapi saya akan berlari - lari la dari ibuk. Wee~ Tiada keterlibatan. Saya akan menunjuk2, eh kawan sepa ya ini? Huhu
Kurang asam di situ. Ekeke. Tidaklah. Mahu baring sekali? Biar orang tau kita memang begini. Cayalah ;)

Unknown said...

your blog post is so nice.. post² yg menarik