Salam Alayk
Saturday, June 26, 2010
Ya ALLAH
Salam Alayk
Thursday, June 24, 2010
Gigi Palsu
Salam alayk
Alhamdulillah, hari ini pagi - pagi buta sudah terbeliak biji mata. Bangun bangun. Ada kewajipan yang belum ditunaikan lantaran malam semalam sudah 'pengsan' pada waktu yang sangat awal. Anak - anak kecil itu tidak pula mengacau saya. Jadi semakin lena dan lena. Huhu.
Alhamdulillah, lagi ALLAH memberi peluang kepada saya untuk mendengar laungan azan. Kalau biasa - biasa saya akan cepat cepat bertenggek di tepi balkoni, mahu mendengar secara lebih jelas dan merasa tiupan angin pagi yang saya kira banyak meniupkan semangat saya di pagi hari, namun pagi ini hanya berteleku di dalam bilik dengan telekungnya sambil memegang siti khadijah yang pagi - pagi lagi sudah bangun dan terSENYUM. Bikin cair saja. Hehe
Hari ini saya tergam di depan laptop. Mata meliar membaca blog insan - insan lain. Jam sudah menunjukkan angka 9 lebih lebih. Masya ALLAH terbit kekesalan. Segera mengemas rumah dan menunaikan ibadat sunat yang lain. Semoga ALLAH meluruskan langkah saya dan kita pada hari ini.
Hmm bila pagi - pagi lagi sudah mendigest blog insan lain, minda sedikit sebanyak terbukak. Kemerepekan pun semakin tipis. Tapi kalau cik adila sudi untuk boost saya silakan. AMARAN kalau penat jangan salahkan ieda pula. Highlight merah sikit. Hehe.
Oh syahida punya. Sangat menarik. Entah kenapa semakin diri ni disapa angin kedewasaan semakin diri ini didedahkan dengan istilah memberi. Bukan setakat ustaz hasrizal, buku ni pun menghurai panjang lebar pada istilah memberi. Terbaca dan membaca satu kisah dalam buku ni. insyaALLAH boleh kongsi - kongsi la kan.
Ada sepasang suami isteri ni, sudah meningkat tua pastinya, tiba - tiba terasa rindu nostalgia lama mereka. Rindu pada zaman mereka sibuk sibuk bekerja dulu. Jadi perasaan rindu tu la yang trigger pasangan ni untuk pergi semula ke pejabat mereka dulu dan untuk mengubat rindu tu pasangan ni memilih untuk meluangkan masa di kantin pejabat yang sememangnya famous emes dengan hidangan sup ekor. Nak dijadikan cerita pasangan ni hanya memesan satu mangkuk sup ekor dan satu pinggan nasi. Memang dari saat pasangan ni memesan makanan, mereka ni dah jadi tarikan pekerja pekerja kat situ. Manakan tidak. Pelik bin ajaib. Kenapa pasangan ni hanya tempah satu mangkuk sup ekor dan sepinggan nasi je. Lebih menarik perhatian apabila si suami membahagi - bahagikan nasi dan sup itu kepada dua bahagian. Dan lebih lebih menarik perhatian apabila si suami makan si isteri hanya memandang si suami sambil tersenyum. Ada yang kesian. Ada yang hairan. Tapi bagi saya yang membaca ok la tu..sweet what. Hehe.
Ok sambung. Jadi ada la seorang pekerja ni kesian pada pak cik mak cik ni. Pekerja ni dengan kesedaran 'aku ni hidup mewah, tapi mak cik pak cik ni kesian mereka, nak beli sepinggan nasi dan semangkuk sup lagi pun tak mampu' bangun dan mendekati pasangan ni tadi. Dia offer duit pada mak cik ni supaya mak cik ni boleh beli lagi satu set. Tapi mak cik ni hanya senyum dan menggeleng tak mahu. PELIK. Pekerja ni tengok lagi. Mak cik tu tak juga makan padahal nasi tadi dah pun sejuk. Air mata seperti nak meleleh, kesian..
Pekerja ni dengan tak puas hati, bangun lagi sekali dan mendekati pasangan tadi. Dia tanya, kenapa mak cik dari tadi tengok je pak cik makan tapi mak cik tak makan makan juga?
Pak cik sengih. Mak cik jawab, oh kami kongsi gigi palsu.
Hehe. Sangat comel kan. Nak diambil iktibar KONGSI tu adalah satu pengorbanan dan kerelaan untuk MEMBERI. Tengok lagi sekali saya highlight. MEMBERI. Seperti yang dihuraikan dalam buku ni semakin banyak kita memberi, semakin kita tak akan rasa kekurangan. Setuju?
Memberi ni lagi indah bila kita tak mengharapkan pembalasan. Seperti seorang ibu yang MEMBERI kasih sayangnya kepada anak. Seperti ALLAH yang tak pernah henti dan jemu MEMBERI walaupun dibalas dengan keingkaran.
Macam tu la dalam persahabatan. Bagi saya semenjak didoktrinkan dengan istilah MEMBERI ni saya seolah olah semakin termotivasi untuk turut memberi. Hakikatnya pertama kali MEMBERI terasa mahu MEMBERI lagi. Indah dan seronok. Walaupun begitu,dalam proses itu sebagaimana janji iblis pada ALLAH ia tak akan jemu jemu nak menyuntik virus kepada manusia. Supaya riak bin takbur. Diterangkan dalam buku ini, lebih baik MEMBERI secara senyap - senyap. Kalau nak dikaitkan dalam kehidupan bersahabat, banyak banyak la memberi. Memberi senyuman. Walaupun nampak simple tapi sangat menyenangkan.
Biarlah kita yang mengalah. Sebab mana kita tahu kalau kalau sahabat kita MEMBERI kemanisan secara menelan segala perbuatan pahit kita.
MEMBERI kebahagiaan kepada adik adik. Kakak kakak. Anak - anak sedara. Sahabat sahabat. Umi wa ayah. Kepada Alam ;) Oh saya masih dalam proses juga. Mahu turut merasai manisnya memberi. Hee
Wednesday, June 23, 2010
YAS.n.IDA
Bismillahirrahmannirrahim..alhamdulillah hepi. ;) oh oh berjaya menahan adrenaline saya yang sememangnya membuak - buak untuk mengupdate blog. alhamdulillah. berjaya pujuk diri saya supaya sabar dulu. mesti kena siapkan agenda - agenda penting terlebih dulu. sebab bila duduk depan laptop ni ish ish being glued la kan. nanti duduk mengadap benda ni for hours. haha. insyaALLAH bakal mengawal adrenaline ni lagi supaya tak lama lama depan laptop.hee.sebab ada banyak lagi agenda yang bersusun dalam list tu. ngee. jadi lagi sekali alhamdulillah. puas hati ;)
Beralih kepada agenda seterusnya. oh cik yasnida maap lah..saya baru mahu menjawab tag anda. ngaa..sudah berapa lama la kan. tapi tak ape...kita teruskan ek...bismillah.....
p/s: yas..sila bagi perhatian.hehe.nama kamu disebut dan dihighlightkan oleh saya.huahua.eh baru perasaan...nama kita ada kombinasi yang baik..yas n ida = yasnida. hehe. jadi kita abadikan sebagai tajuk untuk entry kali ni. ngee. comel tak? cakap la comel. ekeke
3) Cerita pasal gambar ni...
Happiness ;) I'd happy if people around me happy and laugh.oh happiness
4) Kali terakhir makan piza?
While I was studying TAX. haha. menyempat kan? Alhamdulillah..orang memberi saya hulur tangan saya yang kecik dan hati yang sebesar stadium. terima kasih
5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Open your eyes by maher zain.sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim
6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Thinking of the next agenda..
7) Selain nama anda sendiri, anda dipanggil dengan gelaran apa lagi?
soalan apa ini? hehe. emm cik crab would be nicer than atam ketam, isn't it? terima kasih la kepada abang ipar saya yang suka berhujah dengan saya itu. bagan serai lagi best ok..hee
8) Tag orang lain
tak terlintas la di kepala..jadi soalan - soalan seterusnya will be no answer la kan..em tapi I would like to tag adila! haa. perhatian..perhatian kita da sebut nama kamu..hehe. mun sekali ;)
Ok..yas, finish! Eventhough it didn't.hehe ;)
hmm, sudah lama tak men-tag-kan. thanks to yasnida..miss you much ;)
OK proses tag men-tag sudah tamat di atas, jadi sila pastikan tuan tuan..puan..puan ready untuk journey yang seterusnya..alhamdulillah..silakan masuk ke pesawat BOEING LIFE STORYTELLER ;)
smile ;) Alhamdulillah sekali lagi saya menjejakkan kaki ke tempat itu dengan berbekalkan semangat dan hati yang sangat sangat bersyukur kepada si DIA. Kali ini dengan Haziqah. Sememangnya kami berdua memang sama. Menghargai alam. Alhamdulillah sangat menarik..
Sambil berkayak itu, terlihat lihat, terintai intai pemandangan sekeliling. Sangat nyaman. Ya ALLAH sangat bersyukur kerana ENGKAU mengtakdirkan diri ini melalui detik detik itu. Teringat kata ustaz Pahrol Md Joi..bila kita melihat dan merasa nikmat, ingatlah pemberi nikmat..
Berbekalkan sedikit input dari artikel solusi belajar dari alam, saya kali ini terasa lebih dekat dengan DIA. Sebab bagaikan baru tahu bahawa bukan air tasik itu, pokok itu, binatang binatang comel itu yang memberi ketenangan pada kita. Tapi sebaliknya ALLAH. sebab itu semua ciptaan langsung dari ALLAH. Oleh sebab ia dekat dengan ALLAH, maka ALLAH yang memberi ketenangan kepada kita yang melihat.
Semenjak dua menjak saya cepat tersentuh melihat alam. Tambah - tambah apabila angin menyapa muka. Air wuduk melalui lekuk raut wajah. Ya ALLAH wujud perasaan yang sangat bersyukur kepada si DIA. Betapa hebatnya..Saya selalu terbayangkan air yang menghadirkan rasa nyaman tu wujud dalam molekul - molekul. Apabila menyapa muka apa akan jadi. Hebat kan. Terbayang betapa hebatnya kuasa ALLAH tu sampai molekul - molekul tu boleh membentuk air yang mana kita nampak macam tak ada apa pun.
Ya ALLAH, sangat bersyukur. Bila teringatkan seni kata dan video lagu maher zain Open Your Eyes betapa saat tu tersentuh hati. Butir butir jernih hadir. Rasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Yela, bayangkan dalam video tu ada seorang bukan Islam yang tercari-cari kewujudan ALLAH. Dia berdialog dengan ALLAH dan ALLAH secara direct menjawab persoalan dia melalui al-Quran. Hmm..hebat kan?
Ish sangat bersyukur. To YASNIDA terima kasih. Know what..teringat masa kita tengok sunrise tu..terima kasih sebab kamu beria - ia ajak kita. Rasanya sejak detik itu saat itu, syahida semakin menghargai alam. Ya ALLAH kalau punya kesempatan lagi ENGKAU berikanlah peluang kami untuk sekali lagi duduk bersama melihat matahari terbit. Sebabnya ya ALLAH, masa itu mahu saya peluk yasnida..peluk dan ucapkan terima kasih yang amat. Mahu kita nyatakan pada kamu betapa bersyukur kita dilahirkan dalam Islam..betapa kita merasa tenang bagai disapu penyapu. betapa rasa bertuahnya kita dipertemukan dengan kamu. Kalau boleh kita nak kamu rasa apa yang kita rasa. Ya ALLAH, betapa tenang dan selamat di bawah lindungan yang ESA.
Ain, yas, amni, nadya, nia, sal, fana, farah, fara, sheda, yanti, erna, kak an
Ya ALLAH..ENGKAU bimbinglah kami di jalan MU. Sedarkan kami andai kami semakin menjauh dari MU. Ya ALLAH sesungguhnya kami sedar...hanya ENGKAU tempat kami bergantung harap. Tak ada yang lain. Hanya ENGKAU. yang mengetahui detik hati ini. sakit kah? pedih kah? gembira kah? hanya ENGKAU ya ALLAH..ampunilah dosa - dosa kami. AMIIN...
Monday, June 14, 2010
Izinkan diri menyayangi semua
Sunday, June 13, 2010
Smiling is Beauty
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bernafas..em macam mana ye nak mulakan cerita..semuanya berterabur sana sini. tak pe..mulakan satu persatu..
ok..saya mahu men-delete segala post yang terdahulu.walaupun niat di hati nak tunjuk pada anak - anak suatu hari nanti..tapi tak ape la kan..saya masih punya mulut, suara dan ingatan untuk saya olah cerita saya yang dulu - dulu supaya jadi bedtime stories sebelum anak - anak saya tidur. huhu. jangan ada yang pelik. belum punya calon tapi sudah punya angan - angan nak ada anak. jadi fenomena biasa. jangan kata ieda gatal nak kahwin. cuma mahu berangan di landasan yang benar. jadi tak perlu dikontroversikan isu ini. tamat!
beralih kepada nak men-delete post. alamak..hari ni blogger sudah berubah. semakin sophisticated. ada yang bersetuju? terkial - kial mulanya. huhu. hidup di dunia yang serba canggih ni semua pun akan berubah.
so, since ieda bakal mendelete post terdahulu, this post would be the first entry. haa..siapa mahu jadi orang pertama yang menconteng? siapa mahu jadi orang pertama yang meninggalkan jejak - jejak comel? silakan... ;p
semalam hari sedih..ieda berjuraian air mata..entah kenapa seakan macam tak pernah berpisah dengan umi ayah..orang tengok.malu? takde perasaan..terima kasih
semalam juga check result.cik pengantin menyuruh.dalam ramai - ramai orang itu..alhamdulillah masih menunjukkan angka. bersyukur kerana punya angka dari tiada angka. huhu. entah. semenjak dari form 4 berkecimpung dalam dunia pointer ni tetiba terasa seakan sudah loya dengan sistem ni. mahu muntah hijau.ada apa la sangat pada sistem ini sampai bila ada orang dapat tinggi, oh awak pandai saya tak pandai.selepas itu bermula la rentetan - rentetan eh ko tak pe ko pandai. ayat - ayat ini..jangan dituturkan boleh? kerana kita semua sama.tak ada beza.siapa mahu ucapkan takziah pada siapa yang score tinggi - tinggi? sebab semua itu adalah ujian ALLAH untuk mereka. ujian yang manis yang mana hakikinya orang amat suka pada yang manis manis dan kemudian terleka..sebenarnya itu ujian dan cabaran.
huhu..dalam keloyaan..masih ada juga debaran yang mengiringi..barangkala debaran 3 angka ini la yang saya mampu hadiahkan untuk umi ayah ;p
huhu..umi ayah di dahan saat sahabat - sahabat lain di putik.hehe.apakah ini? ada msi kekeluargaan untuk diutamakan.
semalam juga saya ke health exhibition.sangat ramai.rata - rata orang cina.di mana orang islam melayu kita?
ok ok la. seperti sudah panjang bebelan. berhenti kan. tapi sebenarnya nak cakap diri ini semangat untuk menjadi yang baru. yup! walaupun keletihan dikejar dunia. huk, penat penat. sangat tak larat. ALLAH tak mampu diri ini menjelajah hutan jahiliah. bimbinglah diri ini jua insan - insan di sekelilingku. Amiin.