Saturday, June 26, 2010

Ya ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Alayk
Semalam tidur dalam pelukan alunan suci surah al - mulk. Padah kemalasan yang teramat. Astaghfirullah. Mahu membaca mata seakan mengantuk, jadi mengambil inisiatif seperti biasa untuk mendengar.
Pagi ni apabila bangun terasa mahu menangis. Sekarang? Masih ada perasaan itu. Marah pada diri sejak kebelakangan ini. Begitu asyik melayan tidur yang lena. Tapi saya mengambil langkah untuk mengpositifkan diri. Barangkali denda diri sendiri itu patut dijalankan. Biar hati itu dibimbing. Menarik nafas dalam. Usai solat subuh terasa mahu menghirup udara luar. Melihat pulau pokok kelapa di hadapan rumah. Damai terasa. Sekali lagi, saya mahu positif memandang masa hadapan, melihat gelas yang setengah berisi. Ha, ini impak buku setengah kosong, setengah berisi. Hehe.
Currently, di restoran. Hehe. Menyempat bukan? Bersama adik - adik. Niat asal mahu membuat sedikit pengisian. Tapi ALLAH tak mengizinkan. Bising yang teramat. Haih. Mengeluh. Barangkali tempat yang dipilih tak bersesuaian. Jadi sekarang ini otak ligat memikirkan harus berpindah ke mana.
Mahu menangis juga. Sebelum pergi tadi umi pesan, "Tengok2 adik tu. Nasihat sikit. UPSR nak dekat"
Mahu menangis. Begitu besar pengharapan.
Ya ALLAH, hati ini....hanya mencuba tetapi hidayah itu milik-MU. Diriku cuma perantara..Ya ALLAH menyerahkan segalanya kepada-MU
* Semakin disapa angin kematangan

No comments: