Thursday, June 24, 2010

Gigi Palsu

Bismillahirrahmannirrahim

Salam alayk

Alhamdulillah, hari ini pagi - pagi buta sudah terbeliak biji mata. Bangun bangun. Ada kewajipan yang belum ditunaikan lantaran malam semalam sudah 'pengsan' pada waktu yang sangat awal. Anak - anak kecil itu tidak pula mengacau saya. Jadi semakin lena dan lena. Huhu.

Alhamdulillah, lagi ALLAH memberi peluang kepada saya untuk mendengar laungan azan. Kalau biasa - biasa saya akan cepat cepat bertenggek di tepi balkoni, mahu mendengar secara lebih jelas dan merasa tiupan angin pagi yang saya kira banyak meniupkan semangat saya di pagi hari, namun pagi ini hanya berteleku di dalam bilik dengan telekungnya sambil memegang siti khadijah yang pagi - pagi lagi sudah bangun dan terSENYUM. Bikin cair saja. Hehe

Hari ini saya tergam di depan laptop. Mata meliar membaca blog insan - insan lain. Jam sudah menunjukkan angka 9 lebih lebih. Masya ALLAH terbit kekesalan. Segera mengemas rumah dan menunaikan ibadat sunat yang lain. Semoga ALLAH meluruskan langkah saya dan kita pada hari ini.

Hmm bila pagi - pagi lagi sudah mendigest blog insan lain, minda sedikit sebanyak terbukak. Kemerepekan pun semakin tipis. Tapi kalau cik adila sudi untuk boost saya silakan. AMARAN kalau penat jangan salahkan ieda pula. Highlight merah sikit. Hehe.

Apa kena dengan buku ni?

Oh syahida punya. Sangat menarik. Entah kenapa semakin diri ni disapa angin kedewasaan semakin diri ini didedahkan dengan istilah memberi. Bukan setakat ustaz hasrizal, buku ni pun menghurai panjang lebar pada istilah memberi. Terbaca dan membaca satu kisah dalam buku ni. insyaALLAH boleh kongsi - kongsi la kan.

Ada sepasang suami isteri ni, sudah meningkat tua pastinya, tiba - tiba terasa rindu nostalgia lama mereka. Rindu pada zaman mereka sibuk sibuk bekerja dulu. Jadi perasaan rindu tu la yang trigger pasangan ni untuk pergi semula ke pejabat mereka dulu dan untuk mengubat rindu tu pasangan ni memilih untuk meluangkan masa di kantin pejabat yang sememangnya famous emes dengan hidangan sup ekor. Nak dijadikan cerita pasangan ni hanya memesan satu mangkuk sup ekor dan satu pinggan nasi. Memang dari saat pasangan ni memesan makanan, mereka ni dah jadi tarikan pekerja pekerja kat situ. Manakan tidak. Pelik bin ajaib. Kenapa pasangan ni hanya tempah satu mangkuk sup ekor dan sepinggan nasi je. Lebih menarik perhatian apabila si suami membahagi - bahagikan nasi dan sup itu kepada dua bahagian. Dan lebih lebih menarik perhatian apabila si suami makan si isteri hanya memandang si suami sambil tersenyum. Ada yang kesian. Ada yang hairan. Tapi bagi saya yang membaca ok la tu..sweet what. Hehe.

Ok sambung. Jadi ada la seorang pekerja ni kesian pada pak cik mak cik ni. Pekerja ni dengan kesedaran 'aku ni hidup mewah, tapi mak cik pak cik ni kesian mereka, nak beli sepinggan nasi dan semangkuk sup lagi pun tak mampu' bangun dan mendekati pasangan ni tadi. Dia offer duit pada mak cik ni supaya mak cik ni boleh beli lagi satu set. Tapi mak cik ni hanya senyum dan menggeleng tak mahu. PELIK. Pekerja ni tengok lagi. Mak cik tu tak juga makan padahal nasi tadi dah pun sejuk. Air mata seperti nak meleleh, kesian..

Pekerja ni dengan tak puas hati, bangun lagi sekali dan mendekati pasangan tadi. Dia tanya, kenapa mak cik dari tadi tengok je pak cik makan tapi mak cik tak makan makan juga?

Pak cik sengih. Mak cik jawab, oh kami kongsi gigi palsu.

Hehe. Sangat comel kan. Nak diambil iktibar KONGSI tu adalah satu pengorbanan dan kerelaan untuk MEMBERI. Tengok lagi sekali saya highlight. MEMBERI. Seperti yang dihuraikan dalam buku ni semakin banyak kita memberi, semakin kita tak akan rasa kekurangan. Setuju?

Memberi ni lagi indah bila kita tak mengharapkan pembalasan. Seperti seorang ibu yang MEMBERI kasih sayangnya kepada anak. Seperti ALLAH yang tak pernah henti dan jemu MEMBERI walaupun dibalas dengan keingkaran.

Macam tu la dalam persahabatan. Bagi saya semenjak didoktrinkan dengan istilah MEMBERI ni saya seolah olah semakin termotivasi untuk turut memberi. Hakikatnya pertama kali MEMBERI terasa mahu MEMBERI lagi. Indah dan seronok. Walaupun begitu,dalam proses itu sebagaimana janji iblis pada ALLAH ia tak akan jemu jemu nak menyuntik virus kepada manusia. Supaya riak bin takbur. Diterangkan dalam buku ini, lebih baik MEMBERI secara senyap - senyap. Kalau nak dikaitkan dalam kehidupan bersahabat, banyak banyak la memberi. Memberi senyuman. Walaupun nampak simple tapi sangat menyenangkan.

Biarlah kita yang mengalah. Sebab mana kita tahu kalau kalau sahabat kita MEMBERI kemanisan secara menelan segala perbuatan pahit kita.

MEMBERI kebahagiaan kepada adik adik. Kakak kakak. Anak - anak sedara. Sahabat sahabat. Umi wa ayah. Kepada Alam ;) Oh saya masih dalam proses juga. Mahu turut merasai manisnya memberi. Hee

2 comments:

FarahAzieka Nasir said...

tertarik dengan buku ni.
best tak?
nak baca! nak baca! nak baca jugak!
;DD
nak pinjam ieda? hehe
takpe takpe nnt kita pergi MPH cari jugak.
hee!

Nurul Syahida binti Mohamad Rodi said...

sangat best...
saya syorkan anda.ekeke.skema
sangat best la
byk input2
nak pinjam?
boleh3
silakan
nant kte pkirkan cara mcm mn nak terbangkan buku ni ke kl
(gaya mcm jauh sgt la dr s.alam)
hehe